DIA YANG MENULIS

Apakah Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang Selepas Bersalin Atau Keguguran?


Assalamu'alaikum, hai...
Apakah Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang Selepas Bersalin Atau Keguguran? | Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza berkongsi cerita. Semasa blogwalking... Fiza tertarik dengan entri nukilan mariafirdz di blognya yang berjudul '10 jenis kuih yang boleh dimakan semasa berpantang'... Di mana penulis menyenaraikan 10 jenis kuih tersebut seperti berikut :-
  1. Kuih kaswi
  2. Kuih donut
  3. Apam nasi
  4. Lempeng 
  5. Kuih ladu
  6. Kuih peneram
  7. Bingka tepung
  8. Kuih lapis
  9. Cekodok bilis dan 
  10. Cucur jawa


BOLEH ATAU TIDAK MAKAN KUIH SEMASA BERPANTANG?

Wallahu'alam...

Jawapannya hanya kita sendiri yang tentukan samaada boleh atau tidak. Berdasarkan pengalaman sendiri... Baik berpantang selepas bersalin mahupun berpantang selepas keguguran, Fiza TAK MAKAN pun kuih sepanjang tempoh tersebut. Entahla... Bila mak kata begitu... Begini... Fiza jadi takut. Haha... Al-maklumlah, berpantang dengan mak... Memang dia pantau bab-bab makan. Lagipun, Fiza sejenis yang tak kisah sangat... Makan je apa hidangan yang mak hidangkan... Selagi ia diketegorikan sebagai makanan yang elok untuk waktu berpantang.

Cumanya... Mak ada jugak bagitau, boleh je makan kuih... Tapi, Janganlah terlampau banyak terutamanya untuk kuih yang berminyak dan bersantan. Walaupun begitu, dalam kata boleh tu... Boleh pulak dia bagitau... Tahan dulu nafsu makan tu!... Macam mana tu? 

Sudahnya, Fiza lansung tak makan kuih sepanjang tempoh berpantang... Yang hanya ada... Cracker Jacob's cicah susu atau milo hari-hari. Korang pulak, bagaimana?

Apa² pun, terpulang kepada kita nak ikut atau tidak pantang orang tua-tua... Macam Fiza sendiri pun, ada orang kata tak boleh makan telur... Dikhuatiri jahitan luka susah nak sembuh... Yang ni memang Fiza tak setuju. Kenapa? Sebab... Mak memang bagi Fiza makan pun telur semasa berpantang. Malah jahitan sembuh dalam masa 7 hari je. Pendek kata, sebenarnya cara penjagaan jahitan luka tu yang penting. Kena kerap tukar pad sekerap yang mungkin. Pastikan jahitan luka sentiasa dalam keadaan kering. In Shaa Allah... Boleh sembuh dalam masa yang singkat.

Eh! Menyimpang pulak cerita Fiza. Haha.

Hakikatnya, setiap tindakan... Biarlah besederhana. Nak makan pun, biarlah ala kadar... Bak kata mak, makan banyak tanpa control... Pastinya mendatangkan mudarat... Makanan hendaklah berkhasiat.

Post a Comment

1 Comments