Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Puteri Rahma, Contoh Bacaan Nilam | Si bongsu next year dah darjah 1. Alhamdulillah, target tahun lepas… Tahun ni, bulan enam mesti dah lancar membaca tercapai. Semalam masa hari permuafakatan pun, Cikgu komen adik dah mencapai standard. Mudah-mudahan next year darjah 1 takde masalah lah hendaknya. Tips dari Fiza kena buat peraturan 1 hari 1 buku. Baca bila-bila masa anak nak… Reward dapat extra hari main phone bila tak culas baca buku. Sebelum ni Sabtu Ahad je boleh main. Now, petang Jumaat dah boleh main hp… Tapi terhadla ye! takde maknanya nak main berejam. Fiza buat peraturan kat anak-anak. kalau langgar, maaf cakap hp memang Fiza ambil terus. So, Sehari hanya boleh sejam je main. So far, setakat ni takde masalah. Anak-anak suka rutin. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Fiza buat rutin untuk anak-anak.
Ok, berbalik pasal buku cerita tersebut. Actually, ianya di datangkan dalam 10 buah buku dalam koleksi puteri berbeza. Dwibahasa, so kelebihannya anak senang nak faham dan mudah untuk anak membatang suku kata. Ada 24 mukasurat. Kemudian, buku ini juga berfokus suku kata. So, sesuaila untuk anak-anak yang baru nak pandai membaca. Di tempat Fiza ianya dijual dengan harga RM2.99. Murah kan. Boleh la beli buat koleksi buku bacaan nilam anak-anak prasekolah dan tahap 1 kelas perdana.
Sinopsis Puteri Rahma
Secara ringkasnya, buku ini mengisahkan tentang Puteri Rahma. Seorang yang pada mulanya dianggap tidak peramah apabila berjumpa dengan Naura, yang mana akhirnya membuatkan Naura mendiamkan diri ketika berjumpa dengan Puteri Rahma.
Dari situ, Puteri Rahma merasai sikap Naura yang berbeza. Puteri Rahma pun terfikir adakah Naura bersikap demikian disebabkan oleh sikapnya yang tidak ramah pada Naura sebelumnya. Oleh yang demikian, Puteri Rahma mendekati Naura ketika makan malam dan mereka berbual dengan mesra. Dari situ mereka akhirnya menjadi akrab.
Moral/Pengajaran
Sikap peramah adalah sikap yang baik dan disukai orang, maka jadilah individu yang sopan dan peramah. Kelebihannya, kita akan dapat ramai kawan.
Actually, Fiza saja nak share dah alang-alang menemani anak membaca buku. At least ada jugak benda nak update kat blog ni. Rindu haihhh dengan dunia yang satu ni. 😆Fiza rasa blogpost kali ni stop di sini dululah ye. Insya Allah, di lain waktu… Fiza akan reviews lagi contoh buku untuk bacaan nilam bagi budak darjah 1 sampai 3. Okeh! Have a nice day semua ✌️Insya Allah...




12 Comments
bagus buku yang dual languange mcm ni. Dulu masa anak-anak kecil pun ammi suka beli buku yang dwi bahasa supaya dorang tak saja mahir baca dalam melayu tapi sebutan English pun betul.
ReplyDeleteKan, sekarang ni banyak buku Dua bahasa macam ni. Lebih mudah untuk anak faham. ☺️
Deletebagus buat macam tu...
ReplyDeleteBudak sekarang kalau kita tak tegas, memang mudah nak melekat dengan phone memanjang. 🫢
DeleteAlhamdulillah, tumpang gembira dengar perkembangan si bongsu yang dah lancar membaca sebelum masuk darjah satu, memang sejuk hati mak-mak! Bagus sangat teknik konsisten satu hari satu buku dengan kawalan masa skrin macam ni, anak-anak pun jadi lebih berdisiplin. Pilihan buku cerita Puteri Rahma tu pun nampak menarik, murah dan sangat membantu untuk tambah koleksi NILAM tahap satu nanti!
ReplyDeleteFiza suka beli buku macam ni SR, nanti tahun 1 adalah bahan untuk isi NILAM.
DeleteTerima kasih perkongsian.. tengah cari juga untuk anak ni. hehe
ReplyDeleteSama-sama. ☺️
DeleteRajin membaca, untuk anak ke tu..alhamdulillah bersemi ilmu..pasti anak rajin membaca ni..daftar rekod bacaan ya..
ReplyDeleteBiasa-biasa je cikgu. Nak anak rajin membaca, kita dulu kena rajin walaupun hakikatnya kekadang takde masa. 🫢
DeleteHai kak fiza.... Tak apa update ttg buku2 begini pun oke jugaa 👍👍. Bisa jadi referensi teman2 nak belikan buku buat anak2 mereka yg sama level
ReplyDeleteSayapun membatasi anak utk main hp. Memang hanya boleh weekend. Kecuali sulung, Krn dia sudah teenager juga dan sekolahnya pun sering kasih tugas melalui wa. Jadi utk si sulung saya tak batasi.
Untungnya Krn saya dah dari dulu kasih aturan begitu, so anak2 lebih mudah menerima dan menurut. Kalau larang setelah mereka besar, memang susahlah
Setuju kalau Dari awal kita dah buat peraturan dalam rumah, Isya Allah anak-anak ok je sebenarnya. ☺️
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.