Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

LAYAN TEACH YOU A LESSON | Fuh! Lamanya menghilang. Fiza ada je sebenarnya. Cuma, tak tahu nak update apa. Korang apa khabar? Fiza Alhamdulillah… Sihat. Syukur dah setahun lebih stop makan ubat tiroid atas arahan doktor. Moga-moga penyakit tiroid Fiza tak berulang lagi hendaknya. Aamiin… Post kali ni, saja nak share tentang satu drama Korea terbaru yang tengah #trending sekarang ni di Netflix… Iaitu Teach you a lesson. Mula-mula macam malas je nak layan. Bila ramai yang share di Facebook kata kisahnya best. Fiza pun terjebak layan sampai episod akhir.

K-drama

Secara keseluruhan drama ni ada 10 episod. Setiap episod ada kisahnya tersendiri. Ia merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada webtoon popular Get Schooled oleh Kim Moo-yul sebagai Na Hwa-Jin. 

Sinopsis Ringkas

Fiza share secara ringkas ek! Actually drama ini berkisar tentang Na Hwa-Jin seorang pegawai daripada Educational Rights Protection Bureau. Sebuah agensi khas kerajaan yang diwujudkan apabila masalah buli, keganasan sekolah dan sikap pelajar terhadap guru semakin serius. Apabila sesebuah sekolah gagal mengawal pelajar bermasalah, Na Hwa-Jin dan pasukannya akan dihantar untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Berbeza dengan guru biasa, mereka menggunakan pendekatan yang lebih tegas dan luar biasa untuk menghentikan pembuli, IbuBapa yang menyalahgunakan kuasa dan individu yang menindas orang lain.

Dalam episod 1, seorang pelajar telah membunuh diri akibat dibuli dengan teruk di sekolah. Apa yang menyedihkan pembuli utama adalah anak ahli politik berpengaruh. So, bagaimana pasukan Na Hwa-Jin menyelesaikannya? Serius best. Puas hati. Siapa pun engkau, takde hak istimewa... Sepatutnya, semua dilayan sama rata. Jangan ingat anak orang kaya boleh buat sesuka hati. Belajar tentang rules. Bila ingat balik... Gerammm. Masih tak boleh move on dengan drama ni tau.

Episod 2 pula, secara ringkasnya… Kes geng samseng di sekolah membuli pelajar yang nak ke sekolah. Episod ni banyak aksi la. Tapi, puas hati sebab masalah settle dengan cara yang kau tak sangka. 

Untuk episod 3, kes melibatkan seorang influencer remaja yang masih bersekolah. Menyebarkan fitnah terhadap guru demi meraih perhatian di media sosial. Sampai 1 tahap, guru tersebut meninggal. Masalah serius kan? Dan mungkin boleh berlaku in real life. Siapa tahu! Tapi, dalam episod ni Na Hwa-Jin dan pasukannya mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang terbaik.

Manakala untuk episod 4, masalah ibu yang terlalu fokus untuk anak dapat tempat yang terbaik di sekolah sampai sanggup bagi ubat terlarang untuk anaknya. Dalam episod ni, Na Hwa-Jin tidak menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah tersebut tapi pendekatan mencari punca kenapa ibu tersebut bertindak demikian. Kekadang, bila kita terlalu membandingkan kehidupan kita dengan orang lain… Tanpa sedar kita lupa untuk bersyukur sebaliknya kita berubah menjadi sisi orang lain demi untuk mendapatkan penghargaan dari orang lain. Sedih jugalah tengok si anak jadi mangsa si ibu yang terlalu memaksa. Hurmmm… 

Tapi dalam episod 5 lagi dasyat, seorang guru sekolah rendah hampir depression gara-gara diganggu oleh ibu seorang pelajar. Berdasarkan maklumat, episod 5 ni diinspirasikan oleh kes sebenar di Korea Selatan tentang tekanan yang dihadapi oleh guru.

Episod 6 pula, kes melibatkan remaja yang terjebak dengan jenayah. Ia menunjukkan bagaimana kegagalan keluarga dan sistem boleh membawa seseorang ke jalan yang salah. Kemudian, untuk episod seterusnya, dalam episod 7. Pasukan Na Hwa-Jin berdepan dengan pihak yang mahu mereka berundur. Apa puncanya? Mestilah melibatkan orang dewasa yang menyalahgunakan kuasa. Namun begitu, akibatnya… Dalam episod 8, rahsia masa lalu Na Hwa-Jin mula didedahkan. Itu adalah sebab mengapa dia tegas terhadap pembuli dan ketidakadilan. Rentetan itu, dalam episod 9, musuh pasukan Na Hwa-Jin bergabung untuk menjatuhkannya. Kat situlah cabaran paling besar mereka kena hadap.

Untuk episod akhir episod 10, semua konflik berjaya diselesaikan. Pada Fiza puas hati tengok cara mereka selesaikan masalah buli dan ketidakadilan di sekolah. Kalau nak praktikkan di institusi pendidikan kita di Malaysia sekarang ni. Memang wajar. Sebab… Semenjak cikgu tak boleh nak merotan nak marah pelajar. Then, trend sekarang mak bapak sikit-sikit nak saman… Budak jadi tak takut dengan cikgu. Selamba badak tak siapkan kerja rumah. Kes buli apatah lagi. Naik risau sebenarnya dengan dunia pendidikan sekarang ni. 

Rugi tak tengok drama ni tau. 😂 Siapa dah tengok sila komen. Hehe…