TERMINATE HOSTING SILVER DAN BAYAR DOMAIN SAHAJA | Harini dah hari puasa yang ke dua puluh satu dah, baru ada kesempatan untuk update blog. Hurmmm… Posting kali ni Fiza nak share sedikit pengalaman berurusan dengan NetKL berkenaan dengan hosting dan domain blog Fiza ni. Sebelum ni Fiza pernah share pasal Fiza dilema nak bayar domain dan hosting memandangkan jarang update. Boleh baca blogpost berjudul : Bayar domain lagi yea!
![]() |
Actually, masa beli domain dan hosting dulu Fiza tak survey pun. Bantai terus beli tanpa banyak soal. Untuk domain Fiza bayar RM60 setahun. Manakala hosting pulak RM100. Dan sekarang hosting dah naik sebanyak RM101 setahun. Bila fikir banyak benda nak kena cut off, lagi-lagi dengan dunia sekarang ni macam-macam… Ada tempat yang berperang. Pastinya kita jugak akan turut terkesan seperti kenaikan harga barang. Tak panic pun… Cumanya, kita kena berhemah dalam berbelanja. Jadi, dipendekkan cerita… Fiza terfikir nak terminate je hosting. Fiza tanyalah dengan NetKL pasal tu. So, dorang kata nanti effect… Mungkin sesetengah page akan not found jadi 404. Fiza try tanya ChatGPT. Jawapan sama! Tapi satu lagi jawapan dia bagi… Hosting blogger kan free. Boleh je bayar domain sahaja.
Nak dijadikan cerita, dalam dua minggu terakhir bulan Februari… Fiza bayar lah domain. Masa tu NetKL tak cakap apa-apa pun tau. So Fiza proceed jelah!. Kemudian, semalam Fiza check blog. Haippp! Apasal blog tak boleh bukak ni. Tak puas hati, Fiza check stat blog pulak dekat dashboard. Eh! Views 3 je. Tak pernah weyh! Sebelum ni… Tak update pun, views boleh lagi dapat beratus.
Fiza terus chat NetKL guna Messager Facebook dorang. Tiptop punya service, tak sampai beberapa minute terus kena layan. Dorang kata boleh je guna blogger tapi kena setting balik. DNS apa entah! Fiza ni belajar je IT kat universiti tapi bukan networking… Plus, bila dah tua ni malas nak layan coding. Sakit mata norkkk! 😂 Dorang kata boleh je setting sendiri. Kalau tak nak, dorang boleh tolong buatkan. Tapi kena bayarlah RM50. Hurmmm… Malas nak hadap, Fiza suruh je dorang buatkan. Settle!
Alhamdulillah… Tak sampai setengah jam, blog dah back to normal. So, akan datang… Fiza akan bayar domain jelah. Haaa… Pengajaran, siapa nak beli domain atau hosting… Baik buat research dulu before beli. Jangan macam Fiza, main bantai beli.
Baiklah, posting kali ni tak panjang… Just nak share pasal hosting dan domain je. If ada yang berpengalaman sama macam Fiza, atau ada benda nak tanya… Boleh drop komen kat bawah yea!
Selamat berpuasa semua. ✌️



0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.