Assalamualaikum,

Selamat Petang.


Beli buah naga di tepi jalan vs supermarket | Lama tak update, lagi beberapa hari kita umat Islam akan berpuasa. Sebelum tu, Fiza nak ambik kesempatan yang ada untuk mengucapkan selamat menunaikan Ibadah puasa buat semua. Semoga Ramadan kali ni lebih bermakna buat kita semua hendaknya. Insya Allah, Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin…


Last weeks, kami anak beranak ke pasar Debak. Al-maklum lah, Di pasar Debak weekends memang ramai yang berjual pelbagai bahan mentahh, sayur dan buah-buahan. Nak dijadikan cerita, ternampak seorang aunty ni menjual buah naga. Fiza Belilah RM10. Dapatlah 3 biji buah naga. Murah ke tak? Semalam, Fiza beli lagi di supermarket Doremart pulak. RM10, dapat dua biji buah naga. Beza kan?


Informasi

Dari segi bilangan, memanglah nampak Berbeza. Kan? Kalau nak difikirkan lagi berbaloi beli yang di jalanan. First, dapat buah fresh dari kebun. Kalau beli banyak, boleh buat tawaran harga. Tapi, Fiza sejenis yang tak reti nak buat tawaran… Kononnya kesian dengan si penjual. Kalau kat supermarket pulak, bergantung… Kadang ada je jumpa buah yang dah tak fresh. Tapi, kita ada pilihan nak beli ke tak. Beli di supermarket ni… Kita lebih selesa sebab tempat lebih sejuk. Harga memang tak boleh tawar menawar dah. Harga mati orang kata. Itu kekurangannya jika nak dibandingkan dengan yang dijual di jalanan.


Actually, semuanya ada pro and con. Kalau kita nak kata supermarket mahal… Kita kena fikir jugaklah tentang pelbagai jenis kos. Kos ambik dari orang tengah, kos pengangkutan, kos sewa kedai lagi. Kan? Kalau korang, lebih suka beli di jalanan ke atau di supermarket?


Kalau Fiza, if berpeluang memang cari di jalanan dululah. Kalau dah teringin sangat, tak jumpa kat luar… Baru beli dekat supermarket. So far, setakat buah-buahan atau sayur-sayuran… Kat tempat Fiza takde masalah untuk dapatkan yang fresh. Memang senang nak jumpa. Cuma, part makanan laut jelah susah nak dapat.


Last sekali, satu yang tak suka makan buah naga bila part kencing… Mesti air kencing color macam darah kan kalau banyak sangat makan. Kalau ada yang tak tahu, mesti overthinking dibuatnya. Hurmmm… Fiza rasa cukup kot setakat ni dulu, lain masa Fiza sambung dengan cerita lain pulak. Insya Allah, bulan puasa nanti kita update pasal puasa. Hehehe…


Thanks tau pada yang sudi singgah dan baca post Fiza di sini. Korang tinggalkan jejak, nanti Fiza balas. Insya Allah! Tanpa korang, sunyi blog ni.