Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Selamat Tahun Baru 2026 | Lama tak update, sekali dah tahun baru dah. Tinggal beberapa hari lagi, kita akan melangkah ke bulan February pulak. Cepat betul kan masa berlalu. Walaubagaimana pun, rasanya masih tak terlambat lagi kan... Nak ucapkan Selamat tahun baru kat korang. Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. 

Actually, Fiza ok je. Cuma tulah, malas yang teramat nak update blog. Kalau tak kerana dapat email dari NetKL pasal bayar domain, lamberttt lagi nak update. Hahaha. Sebenarnya rindu dengan blog. Tapi entahlah kerajinan tu perlu diseru kot. Baru nak update... 


Adalah jugak... Sembang dengan encik suami yang Fiza malas dah nak bayar domain dah. Tapi, encik suami tanya lagi kita... Tak sayang ke dengan blog. Nanti kalau tak bayar, problem pulak dengan adsense. Duh! Ye tak ye jugak kan. So, bayar jelah nampak gayanya. 

Nak tanyalah dekat korang. Ada tak pengalanan bayar domain + hosting RM160? Then, tiba-tiba nak bayar domain je RM60. Actually, Fiza dah tanya pihak NetKL... Boleh je, cumanya nanti data website/hosting kemungkinan akan hilang. So, sejauh mana effect dia ye? Fiza takde pengalaman... Pada siapa yang pernah buat, boleh tak share di ruangan komen.