Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
CERITA TABUNG DUIT DARI BAHAN TERBUANG | Minggu ni di prasekolah Dek Nur Dhiya ada pertandingan membuat tabung duit dari bahan terbuang. Adalah jugak google dan scroll tiktok contoh-contoh diy tabung. Tapi, tulah semua pattern lebih kurang sama je. Bentuk ATM la dan yang paling banyak... Bentuk binatang yang diperbuat daripada bekas air botol mineral atau botol berperisa. Hurmmm... Disebabkan ketandusan idea, ternampak patung panda kepunyaan anak... Fiza finally buat tabung duit berbentuk panda dengan menggunakan bekas kotak handphone. Nasib baikla Fiza masih simpan beberapa kotak barang di stor. So, bolehla guna apa yang ada. Cop! Kejap... Jangan korang cakap Fiza ni ada hoarding disorder pulak. 😂😂😂. Yelah! Suka simpan barang yang pada hakikatnya dah tak diperlukan lagi kan. Actually, Fiza tak simpan banyak pun. Fiza akan simpan bila anak-anak masih di sekolah rendah... Tujuannya, untuk kes-kes macam nilah. So, takdelah serabut nak cari kotak bagai. Kan!

Maka terhasillah...
Tak kreatif! Pun... Tapi, nak bagitau la jugak bahan-bahan yang diperlukan. Antaranya kotak hanphone sudah semestinya. Kemudian, kertas putih dan manila card lebihan encik suami. Gam, gunting dan mata dua biji. Mata tu Fiza ambik daripada bahan yang Fiza guna untuk membuat crochet suatu ketika dulu. Lama dah tersadai dalam stor. Bilalah nak ada kerajinan balik untuk mengait. Hurmmm... Apa-apa pun, Alhamdulillah harini dah pun hantar tabung tersebut. Menang atau tak kita berserah. Paling penting, anak happy pun dah cukup.
Korang, kalau ada idea untuk diy tabung duit... Kan. Bolehla share di ruangan komen. Siapa tahu idea korang boleh digunakan untuk next year. Hehe... Next year, Nur Dhiya 6 tahun. Still berada di prasekolah. Mesti ada lagi kan... Pertandingan macam ni. Ambik kau! Awal-awal dah carik idea untuk next year yeah! 🤣🤣🤣

12 Comments
Kreatif la, tahniah!
ReplyDeletePH masa anak² darjah 1&2 simpan juga buku² tadika dan buku² aktiviti lama diorg utk gunting² gambar haiwan ke, pokok ke. Nanti cikgu suruh cari gambar senang.
Thanks atas pujian PH. Dapat saguhati je PH. Pesaingan sengit. 🫢
DeleteComel je tabungnya tu. Baru follow sini. Selamat berkenalan.
ReplyDeleteSelamat berkenalan sis. Nanti Fiza singgah ye. ☺️
DeleteKmk pn simpan juak sikit mcm kotak, mineral 0 sbb ya lah kdg mun psv ka rbt ka mst ada nk berguna brg gitok, yg paling susah carik mun sidak nk berguna newspaper, ne lah ada beli newspaper agik nektok
ReplyDeleteBena kata kitak ya. Kinek macam² jak bahan yang sidak mok guna. That why, suka ngumpol. 🫢
DeleteInipun dah bagus kak. Besar juga size nya. Memang bisa dipakai utk tabung duit sisa. Saya malah plan nak beli awalnya. Tapi teringat sayapun masih simpan kotak2 bekas hp , daripada tak terpakai, better saya buat prakarya macam ini 😄👍
ReplyDeleteKan. Buat sendiri lagi Puas hati. 🫢
DeleteCantik dan kreatif. Sapa cakap tak kreatif ?
ReplyDeleteKotak kotak, botol, straw, batang ais krim kena standby kat rumah untuk projek sekolah.
Terima kasih atas pujian Naniey. Tu la tu, anak-anak kadang kalau dah lupa, tengah malam minta pun dah standby awal. 😂
DeleteMenarik tabung duit tu, saya suka menabung..sekali sebulan kira tabungan ada RM500 lebih..bagi lah kat anak yang sedang belajar..bagus amalan manabung sikit2 sisa duit selepas berbelanja..
ReplyDeleteSetuju sangat. Anak kalau dah rutin menabung, ia akan menjadi tabiat. So, kena didik dari awal untuk menabung... Biar pandai mengurus kewangan sendiri nanti.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.