NASI GORENG TELUR KOSONG | Kalau sebelumnya kita update belah pagi, harini kita update belah malam pulak. Ni kisah pagi Isnin. Al-maklumlah, Isnin... Seperti kebiasaan, Anak dan suami kembali semula bertugas dan ke sekolah setelah bercuti 2 hari. So, kiranya sedikit sibuklah belah pagi. Banyak benda yang nak kena settle. Walaupun sekolah ada kantin dan anak-anak ada dibekalkan duit saku, tapi mereka masih suka bawa bekal dari rumah. Kata dorang tak suka nak berebut. Biasalah anak perempuan kan... Memang malu nak berebut dengan orang.
Bila semua dah keluar rumah, Fiza sorang jelah. Biasa Isnin je, Selasa sampai Jumaat In Shaa Allah di rumah mak. Sementara tunggu suami dan anak-anak balik. Kita 'me time' dulu sambil scroll hp. Dah lama tak clear storage. So, bila nampak gambar yang boleh dijadikan idea untuk update blog. Apalagi, kita karang jelah. Kan?
Siapa pernah buat nasi goreng telur kosong atau nasi goreng telur bodo? Macam mana korang buat ek! 🫢 Tak silappp ni antara menu last weekend selain sambal belacan dan telur rebus.



8 Comments
Mudah disediakan dan sedap dimakan
ReplyDeleteStyle nasi goreng mak kmk juak tok. Mun di semenanjung nasi goreng bodoh sekurang2nya ada bawang & pusuk tumbuk ditumis sekali sebelum masuk nasi nok dah sejuk.
ReplyDeletepaling mudah dan sedap tu Fiza :)
ReplyDeleteNanti boleh cuba resipi ini :)
ReplyDeletemcm itulah famili sy. jika ada nasi lebih yg masih baik, isteri sy buat nasi goreng simple mcm ni la..
ReplyDeleteSimple tapi wholesome ni, cheq pun boleh layan juga nasi goreng telur kosong macam ni 😄
ReplyDeletenasi goreng paling simple dan cepat. Nasi goreng telur kosong mcm ni
ReplyDeleteFav anak² kmk nasik grg pecah telor tok tp tambah hirisan sosej juak.. hihihi
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.