NASI GORENG TELUR KOSONG | Kalau sebelumnya kita update belah pagi, harini kita update belah malam pulak. Ni kisah pagi Isnin. Al-maklumlah, Isnin... Seperti kebiasaan, Anak dan suami kembali semula bertugas dan ke sekolah setelah bercuti 2 hari. So, kiranya sedikit sibuklah belah pagi. Banyak benda yang nak kena settle. Walaupun sekolah ada kantin dan anak-anak ada dibekalkan duit saku, tapi mereka masih suka bawa bekal dari rumah. Kata dorang tak suka nak berebut. Biasalah anak perempuan kan... Memang malu nak berebut dengan orang.
Bila semua dah keluar rumah, Fiza sorang jelah. Biasa Isnin je, Selasa sampai Jumaat In Shaa Allah di rumah mak. Sementara tunggu suami dan anak-anak balik. Kita 'me time' dulu sambil scroll hp. Dah lama tak clear storage. So, bila nampak gambar yang boleh dijadikan idea untuk update blog. Apalagi, kita karang jelah. Kan?
Siapa pernah buat nasi goreng telur kosong atau nasi goreng telur bodo? Macam mana korang buat ek! 🫢 Tak silappp ni antara menu last weekend selain sambal belacan dan telur rebus.



0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.