Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

KOMEN MASUK DI FOLDER SPAM BLOGGER | Lately, Fiza kena double check folder spam di dashboard blogspot kerana ada sesetengah komen yang masuk spam... Walaupun kita dah siap setting 'comment moderation'... Tu pun Fiza perasan bila tiba-tiba rajin nak check satu per satu folder di dashboard. 

Info
Bila Fiza google tentang permasalahan ini... Rupanya, ramai jugak yang mengalami masalah yang sama macam Fiza. Adakah disebabkan kita komen secara pukal di setiap blog menjadi punca. Mungkin... Blogger anggap kita ni robot atau spammer yang nak memeriahkan ruangan komen. Sudahnyaaa... Sistem jadi benggongg... Hahaha...

Fiza perasan...

Sebabb... Di blog Fiza tak ramai yang komen. So, macam boleh detect la... Siapa rajin komen tu, confirm! Komen dia antara yang selalu masuk folder spam di blog rakan-rakan. Betul ke tak... Wallahu'alam, tu based on apa yang Fiza perhatikan lah ye...

Walaubagaimana pun, ada jugak komen yang beserta link masuk spam. So, kenalah rajinkan diri untuk check satu per satu folder di dashboard. Sian... Penat-penat rakan-rakan komen, kita pulak tak published. Kan! 

Tapi, komen-komen yang takde kaitan dengan blog post... Memang Fiza delete. Komen-komen lucah, komen-komen yang buat iklan... Sebab bahaya kalau approved. Kekadang ada link yang membawa malware. Nanti tak pasal-pasal blog kita kena delete dengan blogger gara-gara malware. Haru biru dibuatnya.

Apa-apa pun, Saja nak meluah pepagi ni. 

Have a nice day!