Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

NASI AYAM PENYET | Semalam encik suami balik lewat dari sekolah... Disebabkan drag meeting sampai ke petang. Biasalah... Di penghujung sesi persekolahan, pastinya banyak benda yang hendak dibincangkan.

Jadi kisahnya...

Tak nak bagi Fiza masakk... Untuk makan malam, encik suami tapau nasi ayam penyet. Di Betong, biasanya kami akan beli di kedai makan S&W... Satu-satunya kedai di mana menu-menunya menepati selera anak tekak kami. Hehe... Sebungkus nasi ayam penyet dijual dengan harga RM13. Murah ke mahal?

Standard la kan, dengan harga bahan mentah zaman sekarang ni... Semuanya dah naik harga. Walaubagaimana pun, Sesekali belanja anak-anak makan makanan dari luar... Apa salahnya. Kan!

Informasi

Alhamdulillah... Bila tak memasak, maka banyaklah waktu terluang Fiza untuk selesaikan kerja-kerja rumah yang lain. Takdelah serabut, nak bersiap untuk solat Maghrib. Di tempat Fiza, masuk waktu Maghrib pada jam 6:50 petang... Biasanya makan dulu, baru solat. Salah satu sebab kenapa makan awal... Si bongsu kami, jam lapan... Lapan setengah malam, dah tidur dah. 

ASAL-USUL NASI AYAM PENYET

Bercakap pasal nasi ayam penyet ni... Suka Fiza nak kongsikan jugak tentang asal-usulnya di sini. Actually, ia adalah hidangan ayam yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia. Sejarah Ayam Penyet bermula daripada Ayam Bakar Wong Solo, menu ini adalah variasi dari menu yang ada di Ayam Bakar Wong Solo. 

Tetapi, ia semakin terkenal apabila Orang Surabaya menjual hidangan tersebut dengan nama Ayam Penyet Surabaya.

Penyet merupakan istilah yang bermaksud lumat. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan akan dilumat sebelum dimasak dan dihidang.

Pada mulanya, makanan ini diperbuat daripada tempe yang direndam didalam air kaldu dengan bumbu garam dan ketumbar.

Tempe tersebut kemudian digoreng, kemudian dimasak dan dihidangkan bersama sambal. Kini, makanan tersebut diproses dan ditambah pula ayam bersama ulam-ulaman, dihidangkan bersama nasi dan sambal. Bukan sahaja terkenal di Indonesia, Malah di Malaysia juga ianya tersangatlah popular. 

Pada Fiza, sambalnya adalah tarikan utama yang menentukan sedap atau taknya hidangan nasi ayam penyet. Betul tak?

Apa pandangan korang?

RESEPI NASI AYAM PENYET

Nampak macam senang je nak buat nasi ayam penyet... Kan?

Fiza ada jugak usha beberapa laman yang share tentang resepinya. Kemudian, tertarik dengan satu resepi ni... Dari laman Resepi. Katanya, resepi ni original dari Indonesia. So, kita copy paste di sini... Ada masa nanti, Fiza nakk tryla jugak.

Bahan-bahan yang diperlukan...

Bahan Rebusan Ayam
  1. 1 ekor ayam besar (dipotong, cuci dan ditoskan dahulu).
  2. Daun salam
  3. Serai dititik
  4. Garam secukup rasa
  5. Serbuk Pati ayam
  6. Bawang merah*
  7. Halia*
  8. Sedikit kunyit hidup*
  9. Sedikit lengkuas*
Bahan bertanda ( * ) dikisar terlebih dahulu.

Bahan goreng untuk ayam goreng, tempe dan tauhu :
  1. 1 cawan tepung beras.
  2. 1 sudu kecil baking powder.
  3. 1 sudu kecil jintan manis tumbuk.
  4. 1 sudu kecil jintan putih tumbuk.
  5. 1 sudu kecil serbuk kunyit
  6. Lada hitam dihancurkan sedikit
  7. Garam secukup rasa
  8. Serbuk Pati ayam
(Satukan kesemua bahan)

Bahan Sambal penyet :
  1. Lada merah dan hijau
  2. Cili padi merah dan hijau (ikut kepedasan masing-masing)
  3. Bawang merah kecil
  4. Tomato dibelah 4
  5. Belacan
  6. Garam
  7. Gula Melaka
  8. Sedikit jus limau kasturi
Bahan Sup Ayam :
  1. 3-4 ulas bawang putih
  2. Sedikit Lada sulah dikisar halus
  3. Garam
  4. Kiub ayam
  5. Daun sup
  6. Bawang goreng
CARA MASAKAN

Rebusan ayam :
  1. Panaskan minyak, masukkan serai, daun salam dan bahan kisar.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam.
  4. Biarkan ayam masak.
Ayam goreng, tauhu dan tempeh :
  1. Apabila ayam sudah masak (pada rebusan ayam), angkat dan toskan.
  2. Celupkan ayam dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
  3. Kemudian, ambil anak lesung dan lenyekkan ayam.
  4. Untuk tauhu dan tempeh, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
Sambal penyet :
  1. Goreng kesemua bahan dengan minyak sehingga layu dan naik bau.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam mesin kisar dan tambahkan sedikit air.
  3. Kisar kasar bersama ikan bilis goreng yang telah goreng terlebih dahulu.
  4. Tambahkan lagi minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
  5. Perasakan bersama garam dan gula melaka serta jus limau kasturi.
  6. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga terbit minyaknya.
Sup ayam :
  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya dan boleh tambahkan isi ayam jika mahu.
  3. Perasakan bersama garam dan kiub ayam dan biar mendidih.
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Siap!
Macam mudah je resepinya, Kan? Nanti ada masa boleh cuba resepi ni. Alhamdulillah, atas rezeki semalam...

Sumber | Resepi, purpledurian