Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

I LOVE YOU STUPID, SINOPSIS DAN PELAKON DI VIU | Just nak update. Pada sesiapa yang suka layan drama di VIU, sekarang ni tengah ditayangkan drama terbaru berjudul 'I Love You, Stupid' adaptasi dari novel karya Allahyarhamah Melur Jelita yang mana turut menampilkan para pelakon seperti MK K-Clique dan Ezzanie Jasny selaku pelakon utama drama tersebut. Berikut maklumat ringkas mengenai drama tersebut.

Episod : 40
Tarikh Tayangan di Viu : 12 Julai 2023
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Lagu Tema : Thank You - Pasya

Drama terbaru di viu

Watak Pelakon

Kemudian, untuk barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama tersebut adalah seperti berikut :-
  1. Ezzanie Jasny sebagai Iris Nur Zakaria
  2. MK K-Clique sebagai Firman Ebrahim
  3. Haidar Hasanudin sebagai Dr Aidan
  4. Fauzi Nawawi sebagai Tuan Seri Zakaria
  5. Marisa Yasmin sebagai Puan Seri Sarah
  6. Lisdawati sebagai Hajah Aminah
  7. Syad Mutalib sebagai Fatimah
  8. Fad Anuar sebagai Faris
  9. Luqman Junaidi sebagai Daus (Firdaus)
  10. Carolina Binur sebagai Azelia
  11. Hanna Halim sebagai Azalea
  12. Ziha Salleh sebagai Violet
  13. Malia Baby sebagai Lara
  14. Musyi sebagai Farina
  15. Alif Hadi sebagai Izahar
  16. Fauzi Nawawi sebagai Hakimi
  17. Aween Ismail sebagai Hanim
  18. Azlan Komeng sebagai Sarjan Hasan
  19. Raff Roslee sebagai Ustaz Zul
  20. Hanna Aqeela sebagai Zubaidah
  21. Adam Corrie sebagai Hakeem
  22. Mas Anizan sebagai Isteri Hakeem dan
  23. Qistina Raisah sebagai Zainab

Sinopsis I Love You Stupid

Drama tersebut mengisahkan tentang Iris Nur, seorang wanita yang mengatur hidupnya sendiri dan sanggup mengorbankan orang sekeliling demi kepentingan dirinya.

Disebabkan itu, seorang pengawal peribadi, Firman telah diupah untuk menjaganya sepanjang keberadaannya di sebuah misi kemanusiaan. 

Namun, hakikat yang Firman dan semua orang tak tahu adalah Iris mempunyai perancangan lain sebenarnya. Apakah perancangan tersebut. Semuanya akan terjawab di penghujung cerita.

That it's, simple info mengenai drama I love u stupid.

Dah lama tak tengok MK berlakon. Last tengok dalam drama The HotelNot bad jugaklah lakonan dia. 

#dramadiviu
#iloveustupid