Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN LEMAH, LETIH DAN LESU KEPADA PESAKIT HYPERTIROID BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI | Dah seminggu tak update blog. Terasa rindu pulak nak menaip. Fiza ada je, cuma banyak luangkan masa dengan anak-anak dan suami. Alhamdulillah, di atas nikmat yang Allah kurniakan. Kali ni Fiza nak share tentang makanan yang boleh trigger 3L kepada pesakit hypertiroid. 3L tu singkatan untuk letih, lemah dan lesu. Tapi, suka Fiza nak ingatkan... Lain orang lain kesannya. Tak sama ye. Ada pesakit hypertiroid boleh je minum kopi. Tapi, bagi Fiza... Kopi akan menyebabkan jantung Fiza berdebar-debar

Tu salah satu makanan yang Fiza kena elakkan buat masa ni. Semoga result darah next months dah kembali normal lah hendaknya, Walaupun masih terlalu awal untuk berharap. Kiranya next weeks adalah kali kedua Fiza ambil darah untuk test tiroid. First dulu masa warded.

Makanan Yang Kena Elak

Berbalik kepada cerita Fiza pasal makanan yang boleh trigger kesan seperti letih, lemah dan lesu tadi... Dua hari lepas encik suami belikan nasi ayam kukus untuk makan malam. Nak dijadikan cerita, dalam nasi ayam tersebut ada salad. Fiza lupa sebenarnya, dalam group tiroid dan anda (ori)... Ada ahli group yang share pasal salad. Serius! Rupanya ada yang hampir pitam tau lepas makan salad. Actually, dulu Fiza memang terlampau jarangla nak makan salad. Dalam setahun mungkin sekali dua kot makan. That why, tak terfikir pun yang salad boleh mendatangkan kesan pada Fiza.

Makanan perlu elak untuk hypertiroid

Nak dijadikan cerita, Fiza makanla sebelum maghrib... Lebih kurang dua jam lebih lepas tu, Fiza start tak selesa. Jantung macam berdebar-debar, then... Lutut pun start jadi lemah. Mulalah fikir yang bukan-bukan. Malam tu Fiza jadi susah nak tidur. Tanya dengan adik, dia suruh monitor denyutan jantung. Kalau tak melepasi 100 lebih tu... Takde yang perlu dirisaukan, dan tak perlula ke klinik. Jadi, Fiza monitor jela bila berdebar-debar tu datang. Rasa tersebut berlarutan sampai Fiza terlelap lebih kurang pukul satu pagi. Fiza cuba bertahan. Kalau tak tahan... Serah diri jelah.

Fiza cuba... Nak hilangkan rasa tersebut, Fiza banyakkan berzikir... Entah! Bila Fiza terlelap pun Fiza tak tahu. Alhamdulillah, bangun pagi berikutnya... Rasa tersebut beransur hilang. So, lepas ni memang Fiza akan elak dulula salad dalam menu pemakanan. Nak cepat sihat, kena berdisiplin... Biarlah apa orang nak kata, yang tanggung sakitnya adalah kita. Betul takk. Selain salad, Fiza jugak try elakkan kobis, makanan yang berunsurkan soya dan kentang. Masakan bergoreng pun Fiza dah kurangkan sekarang ni.

Buah Yang Perlu Dielak

Tu part salad. Kemudian, part buah pulak... Tembikai adalah salah satu buah-buahan yang Fiza kena elak jugaklahh. 2 bulan lepas tak silap, Fiza makan tembikai. Bukan sahaja 3L Fiza dapat. Siap pakej lenguh badan. Then, yang jadi mangsa mengurut... Encik suami. Huhu... 

Lagi satu dalam senarai kena elak jugak adalah sayur nangka masak lemak. Semalam balik dari kenduri, jiran tapaukan emak sayur nangka muda masak lemak. Apalagi Fiza, makan tak beringat. Dah! malam tadi tak boleh tidur. Perut kembung semacam... Lutut lemah longlai. Sampai ke subuh pagi ni... Masih lemah. Bertabahla dengan dugaan ini. Allah uji kita, tandanya sayang. Kan?

Tu antara makanan yang Fiza tak boleh makan sepanjang lebih kurang 6 bulan menghidapi hypertiroid. Fiza rasa Fiza stop dulu ceritanya di sini. Fiza nak sambung berehat. Nanti ada masa, Fiza singgah ke blog korang ok! Latetly ni Fiza tak boleh hadap screen lama-lama.

Apa-apa pun, selamat berhujung minggu semua. Terima kasih. 

#hypertiroid