Assalamualaikum,
Selamat Malam.

BUDAK HOSTEL OTAKNYA SEWEL, SINOPSIS DAN PELAKON ASTRO RIA 104 | Just nak update sedikit maklumat tentang megadrama terbaru yang mana akan mula ditayangkan pada hari Isnin 31 Julai 2023, setiap Isnin dan Khamis di slot Megadrama Astro Ria 104 dan strim di Astro GO. Berikut info ringkas mengenainya :-

Episod : 18
Tarikh Tayangan : 31 Julai 2023
Waktu Tayangan : Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian : Astro Ria / Astro GO
Pengarah : Norhanisham Muhamad (Labu)
Produksi : Radius One Sdn Bhd

Drama di Astro Ria Jam 10 malam

Watak Pelakon

Manakala untuk barisan pelakon dan watak yang mereka bawa dalam drama ini pula, adalah seperti berikut :-
  1. Tuah Adzmi sebagai Akhil
  2. Baihaqi Majid sebagai Mat Piah
  3. Izz Ilham sebagai Cupin
  4. Adam Eji sebagai Widad
  5. Azhan Rani sebagai Cikgu Marzuki
  6. Sharnaaz Ahmad sebagai Cikgu Danial
  7. Amelia Christie sebagai Zakiah Merican
  8. Zarul Iman sebagai Borhan
  9. Aya Amiruddin sebagai Balkis Tonggek
  10. Datin Natasha sebagai Murni
  11. Adzim Hariz sebagai Ghani
  12. Amsyar Aziz sebagai Munawer dan
  13. Flora Haron sebagai Angah

Sinopsis Budak Hostel Otaknya Sewel

Megadrama ini mengisahkan tentang Akhil telah yang dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya.

Menerusi bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Sementara itu, Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, satu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan itu.

Macam best kan? 

Mengimbau zaman duduk asrama kalau tengok drama ni. Tapi masa sekolah rendah dan menengah dulu, Fiza tak pernah pun duduk hostel. Bila dah masuk universiti barulah merasa duduk asrama. Tapi life di hostel universiti tak sama macam di sekolah. Kan? Kalau di sekolah... Macam-macam kenangan ada... Tu berdasarkan kawan-kawan cerita la. 

#megadramaastroria
#budakhostelotaknyasewel