Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

KISAH TEMUJANJI ECHO DI PUSAT JANTUNG SAMARAHAN | Empat hari dah berlalu, baru harini ada masa nak update. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Jumaat lepas... Seawal jam 7 pagi bertolak dari rumah mertua, sampai Pusat Jantung Samarahan dalam pukul 7:45 pagi. Masuk je unit jantung Fiza terus drop kertas yang MO bagi masa holter hari sebelumnya... Beserta surat untuk buat echo sekali. 

Masa tu ada staf di kaunter, dia bagitau bukak sendiri holter di toilet. Dah tahu dah sebab pernah nampak orang buat hari sebelumnya. Dulu tahun 2020, staf yang tolong bukak kan. Takde masalah pun kita nak bukak sendiri. Al-maklumlah sekarang ni ramai orang dah yang berurusan di unit tu... Nampak sangat mereka sibuk. So, kena faham jugakla dengan situasi dorang. Lagipun bukan susah pun nak bukak sendiri. Jangan asyik nak cari kesalahan orang je. Kan? 

Info

Settle bukak holter... Lebih kurang 15 minit masa menunggu, Fiza terus kena panggil untuk buat echo pulak.  Alhamdulillah, rezeki Fiza dapat turn awal. Masuk je bilik, sorang perempuan handle scanning Fiza. Fiza tak pasti apa jawatan dia... Tapi, yang pasti dia buat scan dengan sangat teliti. Lama jugaklah dia scan. Scan macam scan mengandung tu, tapi kena mengiring ke kiri. So far untuk result scanning jantung takde yang abnormal. So far so good. Manakala untuk holter, kena tunggu pendapat doktor semasa follow up di KK. Harap oklah jugak... Sebab nampak result lebih kurang sama dengan result tahun 2020 punya.

Nampak gayanya, Fiza tak berpeluang jumpa makcik tu semula... Sebab masa tu orang tak ramai. Berbual haritu pun tak lama. Then, bila pakai mask... Fiza susah nak kenalpasti balik makcik tu. 🤭

Takpela, takde rezeki Fiza nak sembang dengan makcik tu balik. Lagipun Fiza dan suami pun nak cepat.

Lepas settle di Pusat Jantung, before balik kampung... Fiza dan suami singgah makan dulu. Then, teruskan perjalanan kami. Tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan anak-anak lama-lama.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Fiza. Sampai di rumah lebih kurang jam 3:45 petang. Nanti Fiza sambung dengan cerita yang lain pulak okeh.

Bye...