Assalamualaikum,
Selamat Malam.

UDANG MASAK PALING SIMPLE TAPI SEDAP | Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita. Hampir 3 minggu tak update blog, pastinya banyak cerita yang Fiza dah ketinggalan dari geng-geng blogger sekalian. Dahla tak update, blogwalking pun takde. Hurmmm…. Tula dia bila idea banyak, tapi malas nak mengarang. Alih-alihhh bukak tutup, bukak tutup laptop… Satu benda pun tak jadi. Sudahnya masuk draft dengan karangan yang masih tergantung. Hahaha… Bilalah nak insaf. Kan!

Baca Juga : Cara masak udang kari tanpa santan

Ala…

Menulis blog kenalah enjoy, barulah best. Kena cari semangat menulis balik. Kata orang, menulis pun kena ada rentak, barulah seronok. Betul tak? Saja… Ayat nak sedapkan hati.

Apa-apa pun, korang apa khabar?

Resepi mudah

UDANG TUMIS BIASA

Fiza pulak, Alhamdulillah… So far so good. Jadi, First entri untuk bulan Disember… Fiza nak share satu resepi masakan udang yang Fiza rasaaa inilah resepi udang yang paling ringkas. Tapi dijamin sedap… Iaitu udang tumis campak-campak. Tapi, nak jugak kena tahu bahan yang diperlukan. Antaranya :-
  1. Sekilo udang
  2. Halia 10 cm dilayang halus
  3. Bawang merah 5 biji dilayang halus
  4. Bawang putih 6 biji dilayang halus
  5. Cili fresh 2 biji dilayang halus
  6. Minyak untuk menumis
  7. Perencah secukup rasa Maggie dan
  8. Sedikit air
Cara membuatnya pulak, pertama cuci bersih dan buang apa yang patut pada udang. Sekarang ni ramai yang share video cara nak siang udang di media sosial. So, tak perlula Fiza nak share cara nak bersihkan udangnya macam mana yeah. Korang try search video dia. Confirm! Bersepah. Ok! Sambung balik... Dah siap siangkan udang, panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan halia, bawang putih, bawang merah dan cili merah. Bila dah naik bau, masukkan udang dan sedikit air. Perasakan dengan secukup rasa Maggie

Last sekali, berapa lama masa untuk udang tu masakkk... Supaya tak overcooked, tunggu 5 ke 7 minit je... Bila udang dah bertukar warna... Dah siap! Masakkk la tu. Sedap sangattt makan pulak dengan nasi panas. Fuh! Nikmat apa lagi nak didustakan. Kan! Selain masak tumis, Fiza jugak suka rebus udang ni dengan serai dan bawang putih je. Lepas tu cicah dengan sos Thai... Punnn sedap. 🤭

Alhamdulillah, atas rezeki yang Allah telah berikan.

Nota Kaki : Kat tempat Fiza, udang ni dikenali sebagai 'Payak Bukuk'.