Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

CINA BUTA, SINOPSIS DAN PELAKON ASTRO RIA 104 | Drama Melayu terbaru jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis, di slot Megadrama Astro Ria 104. Boleh jugak distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Ia jugak merupakan drama yang akan menggantikan tiada maaf buatmu dan akan mulai bersiaran pada 9 November 2022 nanti. 

Drama bersiri arahan Shahrulezad (Budak Ijat) ini jugak bakal bersiaran selama 18 episod dengan menampilkan Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz sebagai pelakon utama. Berikut adalah ringkasan info mengenai drama ini :-

Drama Astro Ria 104

Episod : 18
Tarikh Tayangan : 9 November 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian : Slot Megadrama, Astro Ria 104
Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Lagu OST : Paripurna nyanyian Amylea

MAKSUD CINA BUTA
Cina buta adalah pernikahan bersama suami baru yang bertujuan untuk menghalalkan bekas isteri yang ditalak tiga oleh bekas suami dengan syarat dan peraturan yang telah dipersetujui.

WATAK PELAKON

Kemudian, untuk watak yang dipegang oleh setiap pelakon pulak adalah seperti berikut :-
  1. Nad Zainal sebagai Mia Sara
  2. Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz
  3. Aliff Aziz sebagai Aliff
  4. Puteri Aishah sebagai Habibah
  5. Norreen Iman sebagai Norreen
  6. Anas Ridzuan sebagai Ajis
  7. Aman Aziz sebagai Umar
  8. Didie Alias sebagai Datin Seri

SINOPSIS CINA BUTA

Drama ini mengisahkan tentang Sharnaz dan Mia Sara yang merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an dan telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ianya merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga. 

Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama. 

Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali tetapi dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz? - sumber

Nak tahu apakah kesudahannya, nantikan masa tayangannya nanti bermula 9 November 2022 di Slot Megadrama Astro Ria 104, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Jangan lupa tau.

Selamat menonton semua. ✌️

#megadramaastroria
#cinabuta

Nota Kaki : Tak sabar nak tengok drama arahan Budak Ijat. Mesti best. Confirm! Jadi drama trending. Kan?

New update : Tadi nampak budak Ijat update Instagram tarikh terkini untuk tayangan megadrama cina buta. Harap-harap 23 November nanti adalah tarikh sebenar ianya akan disiarkan. Takde ubah-ubah dah. 🤭

The Latest Update 1 Disember : Ditunda lagi ke satu tarikh yang mana belum diberitahu lagi. Nanti Fiza update okeh.