Assalamualaikum,
Selamat Malam.

PELAJARI PENGIRAAN WANG MELALUI MONEY GAMES DAN TERNYATA SANGAT BERFAEDAH UNTUK ANAK-ANAK | Before Fiza nak share sesuatu yang berfaedah dengan korang… Fiza nak jawab dulu soalan dari mesej Sis Mim di entri sebelumnya. Kenapa Fiza lama menyepi? Hampir 3 minggu tak update blog? Ape cerita?

Biasalahhhh… Menulis blog bukanlah perkara yang WAJIB pun. Kan? Tapi, bila dah minatttt… Lama tak update pun, satu masa akan muncul balik. Satu lagi, umur Nur Dhia sekarang ni 2 tahun 9 bulan. Fasa di mana dia belajar beremosi dan cuba untuk menggunakan kuasa vetonya. Bila tak dapat sesuatu yang dia nakkkk… Dia akan jadikan tangisan sebagai senjata. Nasib baikla Fiza sejenis yang tak mudah dimanipulasi.

Sekarang ni, diaa kalau nampak Fiza pegang laptop ke, tablet ke… Handphone ke… Mulalah nak buat perangai. Dia pun nak join sekali. Jadi, Fiza lansung tak boleh nak buat kerja. Fiza tak nak Dhia ketagih gajet. Biar kita menangis sekarang, jangan kita menangis di kemudian hari. Fiza nak dia macam kakak-kakaknya… Main handphone mengikut masa yang telah ditetapkan.

Actually, ada masa belah malam untuk update blog. Tak pun belah pagi before Subuh. Dulu memang ye. Jam 4 pagi pun boleh update. Masa tu trafik blog tak stabil lagi. Sekarang ni so far trafik dah stabil walaupun ciputtt… Dann sekurang-kurangnya dah boleh cashout Adsense walaupun tak banyak. So, update ikut kemampuan jela dulu buat sementara.

Semenjak umur dah 40 series ni. Fiza memilih untuk tidur lebih awal. Sebabbb jam 4 pagi dah bangun untuk memasak. Suami dan anak-anak Fiza sejenis bawa bekal hari-hari. So, Fiza akan sibuk masa tu. Memang totally out masa untuk update blog. Kemudian, bila idea mengarang dah stuck… Sudahnya, tutup laptop terus buat benda lain. Bila ada mood dan semangat tu yang muncul balik. Dah lumrah seorang blogger kannn, ada hari kau akan rasa lansung tak nak update. Betul tak?

Jadi, dah terjawab la kan kenapa Fiza lama tak update blog. Walaubagaimana pun, blogpost kedua untuk bulan Disember kali ni… Fiza nak kongsikan satu laman niii… Di mana ia memperkenalkan pelbagai jenis permainan melibatkan wang. Senang cerita, ianya disebut Money Games. Apa yang pasti, kita boleh main di laman tersebut secara percuma… Banyak pilihan online games yang ditawarkan. Tak perlu download atau pun register. Just mainla sepuas hati.

BERMAIN DAN BELAJAR MELALUI MONEY GAMES

Pada Fiza, sesekali bagi anak main apa salahnya. Lagipun banyak permainan yang berfaedah disediakan di Mortgage Calculator. Anak-anak Fiza pernah try main permainan Grocery Cashier. Ternyata permainannya sangat menarik di mana anak-anak akan didedahkan dengan cara mengendalikan mesin daftar tunai secara online yang mana melibatkan operasi tambah dan tolak wang. Ala-ala cashier yang terdapat kat mana-mana kedai tu haaa…

Money Games

Setiap pelanggan mewakili pelbagai tahap. Apabila korang bermain semakin lama, bilangan item semakin bertambah dan had masa semakin berkurangan. Pendek kata anak-anak kena peka dan fokus untuk mengira tunai yang masuk dan tolak.

Kos bagi setiap item akan diturunkan. Then, kita kena tekan butang tambah setiap kali item diturunkan untuk mengetahui kos kesemua item. Seronok dapat kira duit niii… Fiza pun terjebak sama main game ni. Hahaha…

Apa yang menariknya, permainan ni seperti latihan Matematik mengira duit buat anak-anak... Tetapi dalam bentuk games. So, takdela bosan asyik mengadap buku je kan. Melalui games online pun anak-anak boleh belajar. Apa yang pentinggg, kena pandai pilih games yang berfaedah. Terdapat banyak pilihan games yang korang boleh pilih di Money Games. 

Next weeks dah start cuti sekolah. Bolehla bagi anak main pada waktu senggang nanti. Jadi, takdela dorang bosan masa cuti. Cuma tula, kena pantau jugak masa penggunaan gajet anak-anak. Tak nak la nanti dorang main sampai berejam-rejam. Bahaya untuk kesihatan mata.

Fiza dah try bermacam-macam games di laman tersebut. Memang menarikkk. Korang bila lagi? 🤭

#onlinegames
#moneygames