Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

JESNITA, SINOPSIS DAN PELAKON ASTRO PRIMA 105 | Selepas drama Takdir Cinta Dhia, para penonton akan disajikan dengan drama Melayu terbaru berjudul Jesnita. Ia akan bersiaran selama 40, di slot Tiara Astro Prima (105) mulai 7 November 2022 nanti. Ia juga merupakan drama lakonan Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Nasha Aziz, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan dan ramai lagi. Berikut ringkasan info mengenai drama ini :-

Episod : 40
Tarikh Tayangan : 7 November 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian : Astro Prima slot Tiara
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil, Sidek Ariff, Irwan Mansor dan Nurul Hazrina
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production

Drama jam 6 Petang Astro Prima
Sumber dari IG bambam_studios

WATAK PELAKON

Selain itu, berikut pula adalah barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini. Antaranya :-
  1. Intan Najuwa sebagai Jesnita
  2. Yusuf Bahrin sebagai Rafael
  3. Malek Mccrone sebagai Zaid
  4. Fikry Ibrahim sebagai Zainal
  5. Nasha Aziz sebagai Syafinaz
  6. Nina Smith sebagai Dayana
  7. Hafidz Roshdi sebagai Aidil
  8. Rozita Che Wan sebagai Rosemila
  9. Zachery Franz sebagai Fauzi
  10. Aqil Taqee sebagai Iskandar
  11. Fatiya Latiff sebagai Aurora
  12. Ezaidi Aziz sebagai Salaam
  13. Ani Maiyuni sebagai Seri
  14. Putri Dellyna sebagai Bella
  15. Lydia Saimon sebagai Hayati
  16. Fendi Seman sebagai Pak Din
  17. Mak Jah sebagai Mak Yam
  18. Natasha Azizan sebagai Aina
  19. Fiza Thomas sebagai Electra Marcos

SINOPSIS JESNITA

Drama ini mengisahkan tentang Jenista yang merupakan seorang gadis yang gilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan bernama Zaid. 

Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja mengikut segala kemahuannya. 

Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. 

Jesnita dan Rafael akhirnya berkahwin. Namun, Perkahwinan Jesnita dengan Rafael yang sepatutnya menjadi kemenangan dicemari dengan kejutan bahawa dia merupakan isteri kedua. Kehidupan baharunya juga tidak aman apabila bekas ibu mentuanya juga berikrar untuk memusnahkan hidupnya sebagai balasan atas kesalahannya terhadap Zaid.

Nak tahu apakah kesudahannya, nantikan masa tayangannya nanti bermula 7 November 2022 di Slot Tiara Astro Prima 105, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 Petang.

Selamat menonton semua. ✌️

#dramaastroprima
#slottiara
#Jesnita