Assalamualaikum,
Selamat Petang

DRAMA TIADA MAAF BUATMU | Drama terbaru jam 10 malam di Astro Ria 104 bagi menggantikan drama Ash dan Aish dalam slot Megadrama. Ia akan menampilkan lakonan bersama Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson. Ia iuga merupakan drama adaptasi daripada novel 'Maaf, Saya Tak Sengaja' karya Akira Dorayaki yang mana akan menemui para penonton pada 28 September 2022, setiap Isnin hingga Khamis dan akan bersiaran selama 24 episod . Berikut adalah merupakan ringkasan info mengenai drama ini :-

Drama Astro Ria 104
Sumber dari Instagram bambam_studios

Episod : 24
Tarikh Tayangan : 28 September 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian : Astro Ria slot MegaDrama
Penulis Skrip : Azilah Wahab, Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

Kemudian, untuk watak yang dipegang oleh setiap para pelakon drama ini pula adalah seperti berikut :- 
  1. Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal
  2. Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka
  3. Hafreez Adam sebagai Mohsin
  4. Sofia Dendroff sebagai Suzy
  5. Josiah Hogan sebagai Rashid
  6. Rabi Adawi sebagai Siti Hajar
  7. Wan Raja sebagai Burn
  8. Watie Sadali sebagai Mariam
  9. Haleeda sebagai Mak Safiah
  10. Hilal Azman sebagai Pak Malek
  11. Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim

SINOPSIS TIADA MAAF BUATMU

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Aina lakonan Zahirah Macwilson. Kehidupan Aina telah musnah dan dia hilang ingatan disebabkan musibah yang menimpanya. 

Iqbal jatuh cinta pada Aina tanpa mengetahui bahawa Aina adalah mangsa dari sejarah hitamnya.

Adakah cinta Iqbal disambut baik oleh Aina? Dan adakah ingatan Aina akan kembali pulih? Jika pulih, adakah Aina membenci Iqbal? Nak tahu kisahnya, jangan lupa nantikan akan kemunculan drama ini nanti pada 28 September 2022 dalam slot Megadrama Astro Ria 104 dan Strim Astro GO. Setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Selamat menonton semua.

Nota : Dah lama tak tengok drama yang menggandingkan suami isteri ni bersama. Dulu pernah dalam drama curi-curi cinta, masa tu dorang tak kawin lagi. Tapi Fiza suka tengok dorang berlakon bersama. Cute je.