Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama Ash Dan Aish Astro Ria 104 | Tajuk drama terbaru lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Halim, yang mana bakal bersiaran di slot Megadrama Astro Ria 104 bagi menggantikan drama Jodohku Babysitter. Ia merupakan drama adaptasi novel 'Ash & Aish' karya Maya Adira dan diterbitkan  oleh Suhan Movies & Trading. Berikut info ringkas mengenai drama ini :-

Megadrama terbaru Astro Ria

ASH DAN AISH

EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 10 Ogos 2022
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00
malam 
SIARAN TV : Slot Megadrama Astro Ria 104
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Helmi Yusof
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Meerqeen, Siti Khadijah, Idzham Ismail, Nada Nur Syuhada, Adiba Yunus

WATAK PELAKON DALAM ASH & AISH

Kemudian, antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni adalah seperti berikut :-
  1. Meerqeen sebagai Ashrafi
  2. Siti Khadijah Halim sebagai Aisha
  3. Anna Jobling
  4. Idzham Ismail
  5. Nada Nur Syuhada
  6. Adiba Yunus

SINOPSIS ASH DAN AISH TV3

Drama ini mengisahkan tentang Ash dan Aish yang ditakdirkan bertemu dengan tidak sengaja akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati dan ingin melindungi Aish. Ash yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah.

Terbinalah ikatan suami isteri bilik berasingan bagi mereka. Bagi Aisha, dia bersyukur kerana dengan menjadi isteri Ashrafi, dia dapat menumpang kasih keluarga yang baharu. Dia kenal Tuk Mek, Kak Wati dan Abang Zul serta yang lainnya. Dia bahagia menjadi isteri tanpa cinta.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang siur. Ashrafi terbaring koma namun 'Ashrafi' yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi. 

Apakah Kesudahannya? Nantikan waktu tayangannya nanti pada 10 Ogos 2022 di Astro Ria 104, dalam slot Megadrama, Jam 10 malam. Setiap Isnin hingga Khamis. 

Based on reviews pembaca novel ni di Goodreads, ramai yang bagi rating 3 hingga 5 bintang. Rata-rata mereka komen mengatakan drama ni menarik dan kelakar.

Adakah drama ini akan trending seperti drama Melur untuk Firdaus, memandangkan kedua-dua pelakon ada jugak dalam drama ni? Korang rasa...

Apa-apa pun, Selamat menonton semua yeah. ✌️

#AshDanAish
#SlotMegadrama
#DramaAstroRia