Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Sekali Lagi Cinta Kembali | Merupakan drama terbaru jam 7 malam di slot akasia TV3 bagi menggantikan drama Ku Punya Hati, lakonan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama. Drama adaptasi dari novel 'Sekali Lagi Cinta Kembali' karya Anna Milia ini akan bersiaran selama 28 episod bermula 13 September 2022 nanti, setiap Isnin hingga Jumaat. Berikut adalah ringkasan info mengenai drama ini :-

Akasia TV3
Sumber dari Instagram @slotmegadrama

Episod : 28
Tarikh Tayangan : 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian : Akasia TV3
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : A. Aida Production Sdn Bhd
Pelakon: Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Syamim Farid, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi, Izzendra
Lagu Tema (OST) : Lagu ku cuba oleh Hariz Fayahet

Pelakon Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Kemudian, antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang di dalam drama ini adalah seperti berikut :-

  1. Siti Khadijah Halim sebagai Aira
  2. Aniq Suhair sebagai Hayyat
  3. Zaki Azeman sebagai Zafran
  4. Fazlina Ahmad Daud sebagai Zainab
  5. Kismah Johar sebagai Neksom
  6. Syamim Farid sebagai Elina & Heliza
  7. Nina KSC sebagai Danisha
  8. Shatirah Amanda sebagai Hana
  9. Ellyas Abdullah sebagai Imran
  10. Siti Hariesa sebagai Amirah
  11. Kuza sebagai Rozita
  12. Raja Azmi sebagai Badariah
  13. Izzendra sebagai Amberlyn

Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama ini mengisahkan tentang Aira yang membawa diri setelah Imran berkahwin dengan adiknya Hana dan bekerja di sebuah pusat terapi. Kerana kesilapan yang dilakukan, Aira terpaksa menjadi pengasuh Syafi dan membetulkan kembali keadaan dengan menyatukan semula Zafran.

Dari situ juga, Aira bertemu dengan Hayyat, abang kepada Zafran yang tak habis-habis cuba mencari gaduh dengannya. Dari benci bertukar cinta. Dalam diam Hayyat jatuh cinta Kepada Aira.

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesis virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa. Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta. Mampukah Aira melakukannya?

Nak tahu apakah kisah disebaliknya, nantikan waktu tayangan drama sekali lagi cinta kembali pada 13 September 2022, Setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam, semestinya di slot akasia TV3.

Selamat menonton semua.

#slotakasia
#sekalilagicintakembali
#dramatv3