Assalamualaikum,
Selamat Malam.

Damak Si Kuba | Merupakan telefilem dialek Terengganu lakonan Zizan Razak, Danish Hazriq dan Bienda yang mana akan disiarkan pada malam esok 17 September 2022 (Sabtu) pukul 9 malam di Astro Ria. Berikut info ringkas mengenai drama ini :-

Waktu Siaran : Sabtu, 17 September 2022, 9:00 malam
Rangkaian : Astro Ria 104
Penulis Skrip : Bainun Waheeda, Arshad Adam
Pengarah : Zainorhisyam Samudin
Produksi : Red Bean Productions

Telefilem Astro Ria 104

Pelakon Damak Si Kuba

Kemudian, berikut adalah barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam Damak Si Kuba. Antaranya :-
  1. Zizan Razak sebagai Pok Chek
  2. Bienda sebagai Cik Ika
  3. Danish Hazriq sebagai Mawi
  4. Angie Tan Ang Lee sebagai Khaleeda
  5. Cik Manis sebagai Cik Sheena

Sinopsis Damak Si Kuba

Telefilem ini mengisahkan tentang seorang anak penggembala yang kehilangan ibunya akibat kanser dan melalui saat sukar apabila perlu berpisah dengan kerbau kesayangannya bagi menampung kewangan keluarga. Dia cuba mencari pelbagai jalan supaya bapanya tidak menjual kerbau kesayangannya.

Sejak kecil, Mawi hidup bergelumang dengan kerbau kerana Pok Chek seorang pengembala. Dalam banyak kerbau yang digembala bapanya, ada seekor yang Mawi sangat rapat dan sayang iaitu Damak. 

Adakah Damak terpaksa dijual atau sebaliknya, kenalah tunggu waktu tayangannya nanti pada 17 September 2022, jam 9 malam di Astro Ria 104.

Selamat menonton semua.

Nota Jemari : Lama dah tak tengok Bienda keluar TV. Kan?

#TelefilemDamakSiKuba
#AstroRia104