Assalamualaikum,
Selamat Petang.

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 3 (MLS3) | Hari Jumaat, malam Sabtu merupakan minggu akhir untuk Muzikal Lawak Superstar 3. Actually, setiap minggu Fiza layan MLS3 ni secara online je... Tapi, malam tu Fiza sangup tahan ngantuk gara-gara nak tengok kumpulan UBI buat persembahan. 😂🤭

Sebelum tengok MLS3, Fiza teka... Kumpulan UBI akan menjadi juara. Then, tempat kedua pulak memang Cili. Untuk tempat ketiga, Fiza teka OOD yang dapat, dan keempat pulak Bahroy. Untuk superstar paling gempak musim ke-3 pulak, Fiza teka Namie dari group UBI.

Rupanya...

Astro Warna
Sumber dari Instagram fadbocey

KEPUTUSAN PENUH MLS3

Setelah berentap, ternyata juara adalah kumpulan UBI dengan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM150 ribu. 

Manakala, tempat kedua pulak adalah kumpulan Cili dengan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM75 ribu. Paling tak sangka, Shiha Zikir dari kumpulan Cili turut dinobatkan sebagai superstar paling gempak untuk Musim 3

Last sekali untuk tempat ke-3 dan ke-4. Masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50 ribu dan RM25 ribu, di mana tempat ketiga disandang oleh Bahroy dan tempat keempat pulak dimenangi oleh kumpulan OOD.

Tahniah! Buat semua...

PENDAPAT TENTANG PERSEMBAHAN FINAL SETIAP KUMPULAN MLS3

Sebenarnya keempat-empat kumpulan tersebut berpeluang sebenarnya untuk bergelar juara kalau mereka buat lawak bersungguh-sungguh. Tapi, nak buat lawak bukanlah suatu yang mudah walaupun kita tengok macam senang je. Kan?

Untuk kumpulan UBI memang orang dah jangka, mereka akan menjadi juara... Sebab every weeks lawakk mereka memang mantap. Gabungkan Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie memang terbaik. Walaupun dorang nampak sangat relax dan bersahaja, tapi idea lawakk dorang sangat kreatif dan luar biasa. That why, susah jugak kumpulan Cili nak cantas. 

Kumpulan Cili terdiri daripada Ali puteh, Achey dan Shiha Zikir. Setiap minggu persembahan dorang tak konsisten. Ada masa, lawakk dorang ada jugak yang tak menjadi. Macam persembahan kedua dorang masa final. Mula-mula je lawak. Berlainan dengan UBI, kedua-dua persembahan dorang dari awal hingga akhir memang 'memberi'.

Untuk kumpulan OOD, Fiza ingat dorang boleh dapat tempat ke-3 memandangkan performance setiap minggu dorang ok jugak walaupun 50... 50 boleh lawan Cili. Tapi tula persembahan kedua dorang tak begitu menjadi jika nak dibandingkan dengan kumpulan Bahroy. Bahroy pulak kalau betul dengan gaya boleh pergi jauh sebenarnya. 

Walaubagaimana pun, seperti yang Fiza cakap...  Bukan mudah nak melawak. Cakap senang la kan. Nak cari idea untuk melawak memang susah, kecuali kau memang dilahirkan sebagai seorang pelawak... Tu lain cerita la kan.

Apa-apa pun tahniah buat semua para peserta finalis. Overall sangat berpuas hati dengan keputusan yang telah juri berikan.

UBI memang terbaik. 

ISU TERBARU KUMPULAN UBI

Dengar cerita Namie nak bersara atau dah bersara dari dunia perguruan. Betul ke tak? Wallahu'alam...

Ada jugak netizen komen kata Namie buat keputusann yang salah. Sayang kerja kerajaan yang dah ada gaji tetap, tapi berhenti.

Siapa kita nak buat keputusann untuk orang right. Kita semua ada pilihan. Mungkin itu yang terbaik buat Namie. Dia dah pilih. Dia tahu apa kesannya, dan Fiza pasti dia dah bersedia untuk menanggung segala kemungkinan... Kesan daripada keputusan yang telah dia buat. Kita doakan yang terbaik jela ek! untuk Namie, semoga terus maju jaya dalam dunia hiburan. Aamiin...

MLS3 dah berlabuh. Lepas ni apa pulak rancangan yang bakal menggantikannya?
Korang tengok tak MLS3?