Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

CINTA BUAT DARA | Drama Melayu bersiri terbaru lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana, yang mana akan ditayangkan di slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama Honey-Moon. Ia merupakan sebuah drama romantic comedy yang akan bersiaran selama 20 episod bermula 24 Ogos 2022 nanti. Selain itu, korang boleh tonton drama cinta buat dara full episod secara live online di tonton (www.tonton.com.my). Berikut info ringkas mengenai drama ini :-

Lestary TV3
Sumber dari Facebook dramasangat 

Bilangan Episod : 20 Episod
Genre : Romantic Comedy
Tarikh Tayangan : 24 Ogos 2022
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian : TV3 slot Lestary
Produksi : Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon : Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin dan Kenji Sawahi

Watak Pelakon

Selain itu, berikut adalah antara watak yang dipegang oleh para pelakon dalam drama ini. Antaranya :-
  1. Riena Diana sebagai Dara
  2. Syafiq Kyle sebagai Hariz
  3. Sean Lee sebagai Jason
  4. Rozita Che Wan sebagai Ros

Sinopsis Cinta Buat Dara

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dara dan seorang lelaki bernama Hariz. 

Dara seorang gadis yang bersikap kasar, dan selalu menimbulkan masalah kepada ibunya.

Dara dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh Kak Ros, makciknya yang terkenal sebagai bekas juara ratu kebaya.

Manakala Hariz pula seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi.  Kemudian, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukai satu sama lain. 

Namun, Atirah gadis misteri yang pernah diperkatakan oleh Hariz, tiba-tiba datang menghalang.  Berjayakah Hariz untuk menawan hati Dara?

Nantikan kisahnya bermula 24 Ogos nanti, dalam slot Lestary TV3, jam 9 malam. Setiap Rabu hingga Sabtu. Okeh!

Selamat menonton semua.

Nota Jemari : Lama dah tak tengok Syafiq Kyle berlakon. Kan? Dia pun antara pelakon hebat yang diminati ramai.

#SlotLestaryTV3
#CintaUntukDara