Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama Honeymoon | merupakan drama adaptasi daripada novel 'Honey-Moon' karya Nurharyati Ishak. Full episodes akan ditayangkan di slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama Melur Untuk Firdaus, yang mana akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Drama lakonan Ben Amir dan Zara Zya ini jugak merupakan sebuah drama arahan Pali Yahya. Berikut info ringkas mengenai drama ini:-

Drama di slot Lestary TV3

Honeymoon

Episod : 20
Tarikh Tayangan : 16 Julai 2022
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9 malam
Rangkaian : Lestary TV3
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon : Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Wanns Ahmad, Dynas Mokhtar, Rashdan Baba dan Fazlina Ahmad Daud

Watak Pelakon

Zara Zya sebagai Moon
Ben Amir sebagai Ilham
Wanns Ahmad sebagai Jiman

Sinopsis Honeymoon TV3

Drama Honeymoon ini mengisahkan tentang Moon dan Ilham. Mereka berdua mempunyai perbezaan watak yang sangat ketara. seorang bersaiz xxl tetapi perangainya lurus bendul dan banyak cakap.

Seorang pulak penuh dengan rahsia dan sangat pendiam. Namun, rezeki tuhan mereka bertemu secara tidak sengaja. 

Moon dijodohkan dengan Ilham tanpa mengetahui siapakah tunangannya itu. sehinggalah mereka terserempak di tepi sungai. Pada masa tu, Ilham pun tak kenal Moon lagi.

Bagaimana Ilham boleh jatuh hati dengan gadis lurus bendul macam Moon? Padahal Moon bersaiz xxl.

Selepas berkahwin, hubungan rumah tangga mereka bergolak apabila Ilham terlalu sibuk dengan kerjayanya. Maka, Moon pula geram dengan perangai Ilham dan mahu membalas dendam terhadap suaminya itu.

Moon mula bermasam muka dan tidak mahukan Ilham lagi. Ilham pula terkejut dengan perangai Moon. Perangai mereka yang begitu berbeza menyebabkan hubungan mereka sukar untuk di selamatkan.

Namun, Ilham mahu meminta maaf dengan Moon. Dapatkah dia kembali kepada isterinya itu? sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ini. Nak tahu kisah disebaliknya, nantikan waktu tayangannya bermula Sabtu ni 16 Julai 2022. 

Selamat menonton semua.

#LestaryTV3
#Honeymoon

P/S : Based on reviews pembaca novel ni di Goodreads, ramai yang bagi rating yang tinggi. Nanti kita tengok bila diadaptasikan ke dalam drama, best ke tidak... Lagi-lagi bila Ben Amir digandingkan dengan Zara Zya. Dua-dua pelakon ni hebat. Kan?