Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Lirik Lagu Bahagiakan Dia, OST Drama Cinta Hilang Kata | Lagu ni merupakan lagu tema atau Original Soundtrack (OST) untuk drama Cinta Hilang Kata, di mana drama tersebut bakal bersiaran pada 18 Julai 2022 nanti bagi menggantikan drama dendam seorang isteri.

Lagu ini dinyanyikan oleh dua orang penyanyi hebat iaitu Shila Amzah dan Liza Hanim. Baru dikeluarkan pada 30 Jun baru-baru ni dalam single terbaharu Shila Amzah yang berjudul Jauh Hati.

Pendapat Peribadi

Pada Fiza, lagu ni sangat dalam maksudnya terutama buat mereka yang pernah merasai saat-saat ditinggalkan oleh pasangan. Pendek kata, bait-bait liriknya cukup menyentuh hati.

Nyanyian yang mantap hasil gabungan dua suara artist yang begitu hebat. Sangat sesuaila lagu ni jadi lagu tema untuk drama Cinta Hilang Kata.

Lirik lagu

Judul : Bahagiakan Dia
Penyanyi : Shila Amzah, Liza Hanim
Ciptaan : Aliff Iskandar
Produksi : Indigital Music

Kaku melihat kau pergi
Rasa diri tak dihargai
Jiwa kan menyepi tak berlagu

Hanyalah
Aku yang merasa sakit kehilangan cinta
Engkau milik dia,
Bukan diri ini

Jujurlah kepada ku sayang
Luahkan semua rasa rindu
Katakan kau milikku walau hanya penipuan

Jalan yang akan ku tempuhi
walau payah nan berliku
Biarlah aku yang menanggung pilu sepenuhnya
Jujurlah kepada ku sayang
Luahkan semua rasa rindu
Katakan kau milikku walau hanya penipuan

Bahagiakanlah dia
Sewaktu kau bersama dengannya
Maafkanlah aku
Kerna aku tak sempurna untuk kamu

Dengarkanlah okeh!

#LirikLagu
#BahagiakanDia
#OSTCintaHilangKata