Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama Risik Pada Hati | Merupakan drama adaptasi daripada novel 'Risik Pada Hati' karya Hanni Ramsul. Full episode akan ditayangkan di slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama Bisik-Bisik Gelora yang mana akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Berikut sedikit info ringkas mengenai drama ini :-

Risik Pada Hati 

Tarikh Tayangan : 27 Jun 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam 
Rangkaian : Akasia TV3
Novelis : Hanni Ramsul
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Zamriez Golden Pictures
Pelakon : Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam dan Shazia Rozaini

Akasia TV3
Sumber dari IG alifsatar

Watak Pelakon

Alif Satar sebagai Adam
Ummi Nazeera sebagai Hayfa
Zara Zya sebagai Aisya
Shiqin Kamal sebagai Suhara

OST/Lagu Tema Risik Pada Hati

Selain itu, Drama ini juga bakal menyelitkan lagu Seribu Gundah oleh Hariz dan Wanie (LKC3) sebagai lagu temanya.
 

Sinopsis Risik Pada Hati TV3 (Novel)

Kemudian, drama ini mengisahkan tentang tiga hati yang berkongsi rasa. Adam, Hayfa dan Aisya. Hayfa dan Adam bertahun lama menyemai cinta pastinya inginkan zuriat untuk menyerikan lagi rumah tangga. Sekian lama berusaha, namun masih belum diizinkan Tuhan.

Hayfa seorang yang sangat tabah dan cekal jiwanya. Walaupun sering di hina, digelar mandul oleh ibu saudara Adam. Dia tetap bersabar dan syukur yang Adam sentiasa berada disisinya.

Suatu hari, Hayfa yang terlalu menyayangi Adam, meminta Adam untuk berkahwin demi memiliki zuriat. Hasrat yang pada mulanya ditentang oleh Adam dan keluarga mertuanya akhirnya diterima baik oleh Adam. Adam menerima Aisya dalam hidupnya.

Setahun berlalu hidup mereka aman damai. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab pada kedua isterinya. Sehinggalah lahirnya Umar dalam hidup mereka bertiga.

Hati Hayfa yang ikhlas pada mulanya, mula berantakkan. Timbul curiga dalam diri Hayfa pada Aisya. Siapakah yang menjadi batu api antara mereka sehingga membuatkan Hayfa sanggup melakukan dosa. 

Dosa apa? Dan kenapa Aisya melarikan diri. Adakah Adam akan memilih antara Hayfa dan Aisya setelah semua kebenaran terbongkar? Semuanya akan terjawab dalam drama Risik Pada Hati di Slot Akasia TV3 bermula 27 Jun 2022 nanti.

Penutup

Ramai yang dah baca novel drama ni bagi feedback, kata jalan ceritanya menarik. Menarik ke tak bila dah diadaptasikan ke dalam drama, kenalah tunggu masa tayangannya nanti. 

Part pelakon pulak... Pada Fiza, pemilihan pelakon yang bagus. Diharap mereka ada keserasian la dalam menghidupkan jalan ceritanya. Yelah! Kekadang, ada je jalan cerita drama yang menarik... Tapi sayang, pelakon pulak tak best. That why, kekadang ada drama yang Fiza tak layan. 🤭
 
Apa-apa pun, selamat menonton yeah! Have a nice day. 😊

#AkasiaTV3
#RisikPadaHati