Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Debu-Debu Dosa | Sebuah telefilem lakonan Fikhree Bakar, Tasha Shila, Kumika, Dazrin Kamarudin dan Wan Maimunah, yang mana akan ditayangkan pada malam ni... Selasa, 5 Julai 2022 pukul 9 malam di TV2. Berikut sedikit info ringkas dan sinopsis drama ni. Antaranya :-

Waktu Siaran :  Selasa, 5 Julai 2022, 9:00 malam
Rangkaian : TV2, slot Drama On 2
Penulis Skrip : Nor Farhana
Pengarah : Ollynn Khadri
Produksi : Beat Revolution Sdn Bhd 
Pelakon : Fikhree Bakar, Tasha Shila, Kumika, Dazrin Kamarudin, Wan Maimunah dan Pn.Suraya

Drama TV2

Sinopsis Debu-Debu Dosa TV2 

Ia mengisahkan tentang Alya. Setelah hampir 6 tahun usia perkahwinan Alya dan Hairi, rumah tangga mereka mula retak. Isterinya, Alya curang dibelakangnya dan berkenalan dengan seorang lelaki bernama Zack. 

Selepas bercerai, Alya membawa Darius tinggal dengan Mak Yam. Alya sering marah dan mengherdik Mak Yam. Mak Yam juga terpaksa bekerja keras menjual nasi lemak untuk menyara anak dan cucunya kerana Alya malas bekerja dan hanya tahu minta duit, Mak Yam cedera kerana perbuatan Alya. 

Alya kemudian membawa Darius lari dan tinggal dengan kekasihnya. Kerana tiada tanggungjawab, Alya meninggalkan Darius seorang diri dirumah untuk pergi bercuti bersama kekasihnya. Satu-persatu perkara buruk dilakukan Alya. Apakah nasib Darius Anaknya? Mungkinkah Alya berubah menjadi ibu dan anak yang lebih sempurna?

Nak tahu apakah kisah disebalik drama ni, jangan lupa menonton malam ni di tv2, jam 9 malam. Okeh!

Selamat menonton semua.

#DramaTV2
#DebuDebuDosa

Nota Kaki : Suka lakonan Wan Maimunah ni. Kalau part menangis, memang sakan dia menangis. Menjiwai watak betul. Dah lama tak tengok dia berlakon. Semoga dia sentiasa sihat hendaknya. Aamiin...