Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Drama Nenda | merupakan judul drama Melayu terbaru yang bakal bersiaran jam 6 Petang, setiap Isnin hingga Khamis di Slot Sakura TV3 bermula petang ini, 12 Julai 2022. Boleh jugak strim secara online di Disney+ Hotstar (www.hotstar.com/my).

Drama 20 episod ini merupakan idea asal daripada penerbitnya sendiri iaitu Datuk Hasniza Nordin bersama Rozie Rashid dan diterbitkan oleh syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Manakala Harris Fadzillah bertindak sebagai pengarah dengan nukilan skrip daripada Falriqz Naail dan Moonmk daripada PGRs Team.

Sakura TV3

Pelakon Nenda TV3

Drama Nenda menampilkan barisan pelakon-pelakon otai Malaysia seperti Fauziah Nawi, Kuna Muzani, Didie Alias, Mandy Chong dan Rosli Rahman Adam.

Selain itu terdapat jugak para pelakon lain seperti Qisya Hairulzain, Abdul Khaliq, Nabil Kidkylo, Camelia Natasya, Erry Putra, Shahruddin Thamby, Zazly Baginda, Naim Syamsul, Suky dan ramai lagi. Antara watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-
  1. Fauziah Nawi sebagai Nenda/Hjh Aminah
  2. Kuna Muzani sebagai Mek Wan/Wan Intan
  3. Didie Alias sebagai Tok Ma/Hjh Maisara
  4. Mandy Chong sebagai Popo/Ah Cheng
  5. Rosli Rahman Adam sebagai Hj Dahari
  6. Nabil Kidkylo sebagai Raz
  7. Camelia Natasya sebagai Qaisara

Sinopsis Drama Nenda TV3

Nenda mengisahkan tentang empat sahabat lama iaitu Hjh Aminah, Wan Intan, Hjh Maisara dan Ach Cheng yang sudah bertahun-tahun terpisah dan kini bertemu kembali di kampung halaman mereka.

Setiap episod akan disajikan dengan pelbagai ragam dan masalah dalam masyarakat setempat yang diselesaikan oleh Nenda sendiri bersama-sama rakan-rakannya.

Ini kerana Ketua Kampung iaitu Haji Dahari tidak lagi mendapat kepercayaan daripada orang kampung kerana termakan hasutan Andak serta masalah perebutan jawatan di masjid. 

Nak tahu kisahnya, tunggu waktu siarannya nanti bermula petang ni jam 6 Petang, setiap Isnin hingga Khamis dan semestinya di TV3 dalam Slot Sakura.

Selamat menonton semua.

#SlotSakuraTV3
#Nenda

Nota Kaki : Geng-geng otai bergabung, confirm meriah. 🤭 Kan?