Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama biarkan Ia Pergi TV3 | Merupakan drama terbaru di Slot Samarinda lakonan Baharin dan Isyariana sebagai pelakon utama. Drama ini akan mula bersiaran pada 11 Ogos nanti. Ia juga merupakan drama adaptasi novel 'Biarkan Ia Pergi' karya Liza Nur dan akan bersiaran selepas Drama Tarik Aku Ke Syurga. Drama bersiri ini diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd, dibawah arahan Fairuz Loy. Berikut ringkasan info mengenai waktu siaran dan sebagainya tentang drama ni :-

Samarinda TV3

Biarkan Ia Pergi

Episod : 20 episod.
Tarikh Tayangan : 11 Ogos 2022.
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 10.00 malam.
Rangkaian : Samarinda TV3.
Novelis : Liza Nur.
Pengarah : Fairuz Loy.
Produksi : SR One Sdn Bhd.
Pelakon : Isyariana, Amar Baharin, Mior Darwish, Asha Merican, Zaki Azeman, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Lia Natalia, Sabhi Saddi, Hafidzuddin Fazil dan Zulkifli Ismail.

Watak Pelakon

Kemudian, antara barisan pelakon dan watak yang mereka bakal bawa dalam drama ini adalah seperti berikut :-
  1. Isyariana sebagai Alissa Othman
  2. Amar Baharin sebagai Zaquan Zachery
  3. Mior Darwish sebagai Zaquan Ameen
  4. Asha Merican sebagai Fara
  5. Hariz Hamdan sebagai Badry
  6. Idzham Ismail sebagai Haris
  7. Sabhi Saddi sebagai Aqasya
  8. Lia Natalia sebagai Daniela

OST Drama Biarkan Ia Pergi TV3 

Lagu : Akulah Lelakimu 
Komposer : @asfanshah
Penulis Lirik : @asfanshah Dan @fedtriyahya
Penyanyi : @asfanshah

Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi

Drama ini mengisahkan tentang Allisa, gadis yang lahir dari keluarga miskin dan merantau jauh dibumi Australia demi segulung ijazah. 

Teman serumahnya, Fara dilahirkan dari keluarga berada merupakan teman baiknya. Walaupun Fara mempunyai rupa paras yang jelita namun ianya tidak mampu membuat Izani terpaut hati terhadapnya. Cinta Izani hanya buat Allisa. Haris yang menyintai Fara sejak dari zaman persekolahan dikecewakan Fara kerana cintanya hanya untuk Izani.

Zaquan teman baik Haris begitu marahkan Elina sepupu Fara yang mana disebabkan cinta Aidil terhadap Elina telah membuat Aidil cuba membunuh diri dek kerana kecewa. Zaquan yang bedendam mula menjejaki Elina. Bertemu dengan Badri yang sedang asyik berpeleseran bersama Fara membuat amarah Zaquan terus membara. Zaquan cuba mendapatkan maklumat Elina dari Fara yang berkeras cuba untuk melindungi sepupunya itu.

Di saat Zaquan mendapat maklumat yang dikehendaki itulah dia telah terminum minuman yang telah bercampur dadah yang cuba Badri berikan kepada Fara. Allisa yang diminta menghantarkan baju ke rumah Elina telah menjadi mangsa keadaan di mana dia yang disangka Elina diculik kuncu-kuncu Haris. Zaquan yang telah dipengaruhi dadah telah memperkosa Elina tanpa sedar. Akibat dari kejadian itu juga Allisa menjadi hilang punca, Izani membencinya dek fitnah Fara.

Sekembalinya ke tanah air, Allisa cuba melupakan sejarah hitam walaupun hatinya terluka. Tanpa disangka akibat peristiwa itu juga dirinya mengandung. Dia dibuang orang tua kerana malu. Berdepan dengan masa depan yang kelam, Allisa bertatih membina kehidupan bersama anak yang dilahirkan tanpa mengenali insan yang telah membuat onar terhadapnya. Zaquan yang menyedari kesilapan yang dilakukannya terhadap Allisa cuba mencari Allisa demi menebus kembali kesilapannya serta mengambil Allisa sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. 

Adakah Allisa menerima Zaquan?, nak tahu kenalah tunggu waktu siarannya 11 Ogos nanti, di Slot Samarinda TV3 jam 10 malam dan setiap Isnin hingga Jumaat.

Selamat menonton semua yeah. ✌️

#SlotSamarindaTV3
#BiarkanIaPergi

Nota Jemari : Lama dah tak tengok Amar Bahrin berlakon sejak dia dah berkahwin dengan Amyra Rosli. Dia pun hebat jugak berlakon.