Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Cinta Hilang Kata Astro Ria 105, Macam Menarik Je | Haritu ternampak iklan di tv drama yang bakal gantikan Dendam seorang isteri. Salah sorang pelakon yang Fiza tengok adalah Sophia AlBarakbah. Rupanya drama tersebut berjudul Cinta Hilang Kata. 

Actually, ia merupakan sebuah drama adaptasi novel berjudul 'Cinta Hilang Kata' karya Lily Haslina Nasir. Bakal bersiaran Selama 40 episod dalam slot Tiara Astro Prima.

Drama terbitan Country & Universan, diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini akan menampilkan para pelakon Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam dan ramai lagi. Berikut info ringkas mengenai :-

Drama Jam 6 Astro Ria bermula 18 Julai 2022

Drama Cinta Hilang Kata

Tarikh Tayangan : 18 Julai 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian : Astro Prima
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon : Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Iqram Dinzly, Anne Abdullah, Lizza Abdullah, Amelia Christie, Ayunie Rizal, Talha Harith, Aqil Taqee dan Faa Zaini

Watak Pelakon Dalam Cinta Hilang Kata

Kemudian, berikut adalah watak yang dipegang oleh setiap pelakon di dalam drama ini. Antaranya :-
  1. Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar 
  2. Sophia AlBarakbah sebagai Nurul Masmin
  3. Nelissa Nizam sebagai Sabby
  4. Hariz Hamdan sebagai Zaili
  5. Iqram Dinzly sebagai Amirul
  6. Anne Abdullah sebagai Mahyun
  7. Lizza Abdullah sebagai Jah Gayah
  8. Amelia Christie sebagai Ezra
  9. Aqil Taqee sebagai Deens
  10. Faa Zaini sebagai Wanie

Lagu Tema/OST

Selain itu, lagu untuk tema drama ini adalah Bahagiakan Dia nyanyian Shila Hamzah dan Liza Hanim.

Sinopsis Cinta Hilang Kata

Drama ini mengisahkan tentang Nurul Masmin dalam diam sukakan Rain Akhtar tetapi terpaksa menurut kemahuan ibunya berkahwin dengan Amirul. 

Rain yang juga menyukai Nurul rasa kecewa dan membawa diri. Amirul sangat pandai mengambil hati ibu Nurul untuk merealisasikan impian ibunya, Jah Gayah. 

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Nurul hanya alat untuk dia hidup mewah. Sepanjang perkahwinan, Nurul tidak pernah bahagia, semua dilakukan untuk menjaga hati arwah ibunya.

Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai, tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul menderita akibat terkena sihir. Mujur Nurul mempunyai rakan baik Ezra, Wanie dan Deens yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas. Adakah Rain berjaya mencairkan hati Nurul? Kenalah tunggu waktu tayangannya okeh!

Penutup

Overall, daripada sinopsis ia lebih kepada kisah cinta. Biasalah drama Melayu. Cuma yang membezakannya mungkin... Olahan ceritanya, samada mempunyai kelainan yang mana boleh menarik minat para penonton untuk menonton. Betul tak?

Tapi, kalau Fiza... Fiza minat pelakon, terutamanya Sophia AlBarakbah. Walaupun, first time tengok dia berlakon dalam drama suamiku lelaki pendosa... Terus jadi minat ajan lakonannya. Orangnya pun comel. In Shaa Allah, kalau ada masa bolehlah menonton nanti.

#DramaAstroPrima
#CintaHilangKata