Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Drama Tarik Aku Ke Syurga | Drama yang bakal bersiaran pada 23 Jun 2022 bagi menggantikan drama kerana aku isteri bidaan. Diinspirasikan dari novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman.

Menampilkan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam sebagai pelakon utama. Drama rantaian 28 episod ini diarahkan oleh Malek Rahman dan bakal menemui penonton di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis. Jam 10 malam. Berikut sedikit ringkasan info mengenai drama ini :-
 
Samarinda TV3
Sumber dari IG tarikakukesyurga

Tarik Aku Ke Syurga

Episod : 28
Tarikh Tayangan : 23 Jun 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian : Samarinda TV3 
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : Creative Skill Solution
Pelakon : Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Lisdawati, Keith Foo, Izzendra, Ayra Messi, Esma Daniel, Idzham Ismail, Afzan A.Rahman dan Myra Zareil

Watak Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga

Kemudian, berikut adalah barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni. Antaranya:-
  1. Zul Ariffin sebagai Zamri
  2. Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
  3. Keith Foo sebagai Shawn
  4. Lisdawati sebagai Hajah Raudah
  5. Izzendra sebagai Natasha
  6. Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad
  7. Aleeza Kasim sebagai Datin Maria
  8. Esma Daniel sebagai Dato Azman
  9. Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah
  10. Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam
  11. Hafreez Adam sebagai Kashaf
  12. Nada Nursyuhada sebagai Che Pah
  13. Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri
  14. Idzham Ismail sebagai Dahlan
  15. Ayra Messi sebagai Julia
  16. Nabil Aqil sebagai Aidil
  17. Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah
  18. Zizi Hazirah sebagai Rahila 
  19. Sean Lee sebagai Dr Chin

Lagu Tema (OST) Drama Tarik Aku Ke Syurga

Selain itu, untuk lagu latar drama ni pulak, ianya terdiri daripada...
  1. Lagu Bukti Cinta nyanyian Wanie Ooi
  2. Lagu Kekasih  nyanyian Aiman Sidek, Aniq Muhai dan Alif Azhari
  3. Lagu Teristimewa nyanyian Aiman Sidek

Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga

Drama ini mengisahkan tentang Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh. 

Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.

Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?

Kesimpulannya

First time Fiza nampak Nelissa Nizam jadi watak utama. Kemudian, digandingkan pulak dengan Zul Ariffin. Tak tahu nak komen apa. Tapi Fiza tak minat dengan Nelissa Nizam ni. Hehe...

Baca sinopsis, macam menarik jugak jalan ceritanya. Kan? Apa-apa pun, selamat menonton yeah. Nantikan waktu siarannya bermula 23 Jun nanti di slot samarinda TV3.

"Thanks kerana sudi singgah di sini. Tanpa korang, sunyilah blog Fiza"

#SlotSamarindaTV3
#TarikAkuKeSyurga