Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Drama Melur Untuk Firdaus TV3 tengah trending sekarang ni. Yelah! Before ni drama yang kita tengok rata-rata asyik muka yang sama je jadi hero dan heroin. Betul tak?

Bila pelakon baru jadi pelakon utama. Nampak begitu fresh. Kemudian, keserasian antara mereka pun menjadikan lakonan mereka turut kelihatan natural sehingga membuatkan jalan ceritanya pun menarik untuk ditonton.


Memang patutla ianya menjadi drama bualan sekarang ni, terutama di kalangan anak-anak muda. Betul tak?

Pelakon Melur untuk Firdaus
Kredit to Facebook Anna Jobling Lovers

Biodata Anna Jobling 

Salah satu watak yang sangat menonjol dalam drama ni adalah watak Melur lakonan Anna Jobling. Siapa pelakon ni? Muka macam kacukan. Kan!

Actually...
  1. Nama Penuh Anna Jobling adalah Anna Ellisa Gustin Jobling Binti Abdul Rahman.
  2. Lahir pada 14 Ogos 2000. So, umur Anna tahun ni adalah 22 tahun pada 14 Ogos nanti.
  3. Merupakan anak tunggal.
  4. Anak kelahiran Kuala Lumpur dan memperolehi pendidikan di salah sekolah antarabangsa di ibu kota.
  5. Ibunya berasal dari Melaka, manakala bapanya pula berasal dari England. Ibunya merupakan seorang pengurus, manakala bapanya pula adalah seorang jurutera di syarikat minyak dan gas.
  6. Anna Jobling pernah menyertai Dewi Remaja 2018/19 dan berjaya mendapat tempat ke empat. Walaubagaimana pun, sebelum menyertai Dewi Remaja, Anna Jobling sudah mula menjadi model peragaan.
  7. Filem Pasal Kau! Arahan Adrian Teh menjadi antara yang pertama Anna Jobling menceburkan diri dalam bidang lakonan di sampling Hairul Azreen dan Janna Nick. Selain itu, drama pertama yang dibintanginya adalah One Two Hantu.
Itu antara lain maklumat latarbelakang tentang Anna Jobling, pelakon yang memegang watak Melur dalam drama Melur untuk Firdaus. Nak tahu lebih lanjut tentang kehidupan Anna, bolehla mengunjungi akaun Instagram dia okeh! iaitu di annajobling.

#WatakMelur
#AnnaJobling
#MelurUntukFirdaus