Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Melur Untuk Firdaus, drama terbaru yang bakal bersiaran dengan episod 1 pada 27 Mei 2022 di Slot Lestary bagi menggantikan drama Do you love me captain, semestinya di TV3.

Ia merupakan drama adaptasi novel My 'Rude' Wife karya CikNorCinta. Drama terbitan A-Ten Alliance, diarahkan oleh Zamri Zakaria ini juga akan menampilkan pelakon baru seperti Meerqeen dan Anna Jobling. 

Drama terbaru slot Lestary TV3
Sumber saencutik

Waktu Siaran

Drama Melur Untuk Firdaus akan disiarkan setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9.00 malam di tv3. Berikut adalah ringkasan info mengenai drama ini, antaranya :-

Tarikh Tayangan : 27 Mei 2022
Episod : 28
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, 9.00 malam
Rangkaian : Lestary TV3
Penulis Novel : CikNorCinta
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : A-Ten Alliance Sdn Bhd
Pelakon : Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don, Nisa Idrus, Kuna Muzani, Azhar Amir, Hani Nazrina, Hairi Safwan, Taib Zamannuri  dan Zainol Ismail

Pelakon Dan Watak Di Dalam Melur Untuk Firdaus

Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar
Anna Jobling sebagai Melur
Fimie Don sebagai Haris
Nesa Idrus sebagai Dee (Deana Rahilia)
Taib Zamannuri sebagai Raykal
Haleeda Mazlin sebagai Rohana
Zainon Ismail sebagai Nasaruddin
Tengku Sariza Tengku Muzaani sebagai Kamariah
Azhar Amir sebagai Kamarul
Hairi Safwan sebagai Zain
Hani Nazrina sebagai Lily
Farah Zanordin sebagai Dewi 
Sabrina Sharleen Sugiman sebagai Rania
Zac Zaky sebagai Hafiz
Qaseh Qhairiena sebagai Damia
Nazry Sahar sebagai Rasyid
Fatin Nur Azreen sebagai Maya
Crystalline Vyonne sebagai Iman 
Bella sebagai Sally
Farisha Saidi sebagai Badaria

Lagu Tema (OST)

Duka Disebalik Tawa - Puteri Khareeza

Sinopsis Melur Untuk Firdaus

Melur Untuk Firdaus mengisahkan tentang Firdaus Iskandar yang tidak setuju dengan rancangan ibu bapanya untuk berkahwin dengan Melur kerana dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee. 

Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus.

Adakah Firdaus menerima Melur dalam hidupnya? Ketahui jalan ceritanya nanti yang mana akan mula ditayangkan pada 27 Mei 2022 nanti okeh!

Selamat menonton semua.

#slotlestary
#meluruntukfirdaus
#dramatv3