Assalamualaikum,
Selamat Malam.

Kalau dua hari lepas , Fiza kongsikan tentang resepi nasi goreng tomyam... Blogpost malam ni pulak, Fiza nak share tentang pengalaman Fiza menulis blog... Biarpun hanya bergelar surirumah sepenuh masa. 

Kisah

Yelah! Title surirumah itu sendiri menunjukkan bahawa masa Fiza banyak dihabiskan di rumah dengan anak-anak dan suami. Of course, akan ada yang bertanya. Kan? 

Mana datangnya idea untuk menulis. Bila masa nak menulis, sedangkan kerja-kerja rumah kalau diikutkan sampai bila-bila pun tak pernah nak selesai. Mana lagi nak uruskan makan minum, pakai anak-anak dan suami. Betul tak?

Ok! Begini...

Fiza menulis blog...

Kerana Minat Dan Niat

Pertama sekali pada Fiza, sebelum berhasrat untuk menulis blog. Kena ada minat dan niat. 

Alhamdulillah, Fiza terjebak dengan dunia blog pada tahun 2011. Masa tu tengah menunggu konvokesyen universiti. Bila dah selalu sangat baca kisah dari pengalaman orang di blog, Fiza pun jadi berminat. Dari situlah start menulis blog dengan niat untuk mengisi masa yang terluang. 

Lagi pulak, Fiza lebih suka luahkan perasaan melalui tulisan. Masa tu tak terfikir pun tentang blog boleh hasilkan duit. 

Start dari situ, lama kelamaan... Fiza berkenalan dengan ramai blogger. Dari situ jugaklah, Fiza start kenal Nuffnang. Alhamdulillah, berkesempatan jugak merasa income dari Nuffnang walaupun tak meriah. 

Bila dapat income dari blog... Fiza anggap itu adalah 'bonus' dan ianya menjadi inspirasi untuk Fiza terus menulis.

Fiza percaya, if kita seronok menulis dengan niat untuk berkongsi... In Shaa Allah, walau sesibuk mana pun kita... Lama mana pun tak update blog, kita akan rasa seperti ada yang kurang dalam hidup. Betul tak?

Fiza sayang sangat dengan blog ni. Bayangkan dari tahun 2011 hingga 2022 Fiza menulis. 11 tahun... Dah!

Dari free domain sampai la domain berbayar tau... Nampak kan betapa lamanya Fiza dalam dunia penulisan blog. Walaupun apa yang Fiza share kekadang ada yang tak sampai seratus pun readers.

Mesti korang akan fikir. Eh! Dah tahu tak ramai pembaca, kenapa nak teruskan jugak menulis blog. Kan?

Trust the process

Bila dah hari-hari update, one day ada jugak blogpost yang sangkut di first page google... Sampai ratus ribu pembaca yang datang. Walaupun tak semua blogpost seperti itu, at least ada jugak kan... Itulah antara pembakar semangat Fiza untuk terus bertahan dalam dunia blogging.

Jujur Fiza cakap, tipu la... Kalau kita tak rasa down dengan komen dari Anonymous, yang memberi komen berbaur negatif. Ada masa kita malas. Ada masa kita ketandusan idea. Tapi, Fiza selalu ingatkan diri... Setiap masalah ada solusinya. 

Terus terang Fiza cakap... Kalau ada komen yang tak best, spammer... Minta maaf banyak-banyak, Fiza tak kan publish. Senang cerita, Fiza akan tapis dulu komen sebelum publish. That why pentingnya awaiting moderation di bahagian komen dashboard blogger. Tujuannya, Fiza nak elak negative vibes di sini.

Kemudian, kalau dah takde idea sangat nak menulis. Fiza akan cuti dari menulis. Ala... Tak wajib pun kan untuk update blog setiap hari. Tapi, jangan amalkan sangat kerana tabiat beginilah yang akan menyebabkan Pageviews blog menurun. Bila menurun, confirm google Adsense jugak turut terkesan. Semua tu Fiza pernah rasai. That why, Fiza berani cakap. 

Pernah la... Fiza tak update blog selama dua bulan. Pageviews jatuh teruk. Adsense... Dari boleh kumpul USD1 ke 2 sehari... Jatuh bersen-sen. Tu based on pengalaman Fiza lah ye. Al-maklumlah, blog Fiza niche dia lebih kurang macam lifestyle... Jadi, blogpost pun bermacam-macam ada. So, pembacanya takdelah seramai blog yang niche'nya fokus satu perkara je.

Fiza pernah nak buat blog, 1 niche. Tapi, tak kena dengan jiwa Fiza. Fiza sejenis yang suka menulis dengan bahasa yang santai.

Namun, itu semua tak menjadi penghalang untuk Fiza terus menulis. Kuncinya di sini... Jangan stress, menulis dengan enjoy. Jadi diri sendiri. Jangan terlalu fokus kepada 'pulangan'... In Shaa Allah, keseronokan menulis itu pasti akan dirasai.

Percayalah pada rezeki. Semakin ramai kau kenal blogger, semakin banyak benda kau akan pelajari. Malah, dari rakan blogger jugak la Fiza kenal intellifluence... Di mana, website tersebut menawarkan pelbagai jobs untuk social media. Kemudian, setiap jobs ada rewards samaada dalam bentuk tunai atau barang.

Fiza pernah dibayar beberapa kali setakat ni dengan bayaran USD100 per job.


Selain tu jugak, Fiza pernah menerima beberapa emails dari beberapa buah syarikat yang ingin beriklan di blog Fiza, then mereka bayar jugak based on deal.

That why, Fiza kata... Menulislah dengan tenang dan enjoy. Trust the process, suatu hari orang akan cari kita jugak. Hanya... Apa yang membezakannya adalah cepat atau lambat.

Jika kita terlalu fikirkan akan 'pulangan'. Fiza yakin penulisan kita pun seperti terdesak. Bila kita tak mencapai apa yang kita nak... Ia akan membuatkan kita rasa down, stress... Penyudahnya, kita akan berhenti dari menulis. Betul tak?

Kekadang, ada masa kita ketandusan idea untuk menulis. Itu jugak antara masalah yang akan kita lalui dalam dunia blogging.

So...

Bagaimana Cara Nak Dapatkan Idea Untuk Menulis Blog?

Selalunya, idea untuk menulis blog tu Fiza ambil dari pelbagai sudut pandang. Antaranya :-
  1. Fiza suka share perkembangan anak-anak. Begitu jugak dengan pengalaman bersalin. 
  2. Fiza jugak ambil idea dari rancangan tv. Kekadang apa yang Fiza tonton, Fiza akan kongsikan ulasan... Sinopsis dan sebagainya.
  3. Begitu jugak dengan petua di dapur. Apa yang Fiza tahu, itulah antara lain yang Fiza akan kongsikan di sini.
  4. Isu semasa jugak turut menjadi penyumbang idea untuk Fiza menulis di sini. Selalunya Fiza ambik berita-berita yang positif je untuk diulas.
  5. Selain itu, Fiza jugak cedok idea dari masakan yang Fiza masak hari-hari di rumah. If Fiza rasa ianya menarik untuk dikongsi... Fiza akan kongsikan di sini.
  6. Begitu jugak dengan makanan yang ada di pasaran. Kekadang aiskrim pun Fiza buat reviews di blog. Alhamdulillah, setakat ni ada beberapa jenis aiskrim yang Fiza reviews mendapat views yang banyak.
  7. Kadang-kadang ada info menarik dari website lain jugak Fiza kongsikan di sini. Usah risau, Fiza akan backlink balik untuk hargai owner.
  8. Begitu jugak dengan penyelenggaraan blog. If Fiza rasa ia patut dikongsi, ada masa Fiza akan buat tutorial blog bergambar.
  9. Fiza jarang staycations dan makan di luar. Tapi, bila berkesempatan... Fiza jugak tak nak lepaskan peluang yang ada untuk kongsikan pengalaman di sini.
  10. Last sekali, if memang dah takde idea sangat... Fiza akan blogwalking. Dari situ jugaklah Fiza boleh dapatkan Idea untuk menulis.
Itu antara tips, bagaimana cara Fiza dapatkan Idea untuk menulis di blog.

Bagaimana pulak dengan pembahagian masa untuk menulis blog dengan kerja-kerja rumah?

Kalau difikirkan, memang la lansung takde masa untuk menulis... Lagi-lagi kalau ada anak kecik yang masih lagi breastfeeding macam anak Fiza. Memang payah. 

Tapi... Masa boleh adjust. Kita yang uruskan masa. Kan?

Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih

Kalau dah minat, sepayah mana pun... Pasti akan cari jugak masa untuk menulis. Percayalah. 

Bagaimana caranya?

Cara Fiza, Isnin hingga Jumaat... Bila anak-anak dah ke sekolah. Encik suami dah pergi kerja. Cuma tinggal Cik D yang berumur setahun 11 bulan je dengan Fiza. Sebelah pagi memang Fiza habiskan masa dengan kerja-kerja rumah dan melayan Cik D. Bila Cik D dah tidur... Masa tulah Fiza guna sebaik mungkin untuk membuat draft di dashboard blogger

Kalau tak sempat nak siapkan...

Fiza akan sambung edit sebelah malam, selepas anak-anak dan suami tidur. Begitulah rutin Fiza setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Biasanya, kalau weekends... Fiza akan buat autopublish blogpost je. Memang masa tu Fiza habiskan dengan anak-anak dan suami. That why, Fiza jarang blogwalking. Kalau ada pun, Fiza jadi silent reader je. 

Hakikatnya, Walau sesibuk mana pun, Fiza akan cuba jugak cari masa untuk update apa yang patut. Dah minat kan. Tak buat, rasa tak lengkap.

Bagaimana pula dengan pandangan suami tentang minat isteri menulis blog?

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Fiza disatukan dengan seorang lelaki yang sangat supportive. Kekadang, kalau terjumpa produk makanan yang limited edition... Dia lah orangnya yang beria sangat pergi beli, tanpa diminta. Mana tak seronok. Kan?

Dia tak pernah halang pun apa yang Fiza minat. Apa yang dia selalu pesan. Menulislah dengan penuh berkhemah. Kisah rumahtangga jangan sesekali diceritakan di blog. Paling penting kena pandai bahagikan masa. As long as takde isu, ok je. Hehehe...

Alhamdulillah, sampai sekarang Fiza ingat akan kata-katanya.

Kesimpulannya

Nak jadi blogger bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak benda yang perlu kita korbankan. Namun, bila kita ada minat dan niat yang betul... In Shaa Allah, kita akan rasai keseronokan menulis blog tu bagaimana. Percayalah cakap Fiza.

Apa-apa pun, terima kasih buat yang sudi baca blogpost ini yeah!

Tanpa korang, siapalah Fiza.