Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Kisah semalam, Nasi malam sebelumnya masih berbaki. Sayang pulak nak buang. Mulalah cari idea nak masak nasi goreng apa? Mulalah termenung depan peti sejuk, kot-kot la idea boleh menjelma bila ternampak bahan-bahan yang ada. Nak buat nasi goreng cina, selalu sangat dah. Nak buat nasi goreng kampung, nasi goreng sardin pun sama. Nak jugak buat kelainan.

Bila scroll FB cari koleksi nasi goreng, tiba-tiba terfikir pulak nak buat nasi goreng tomyam. Jadi, nak cuba resepi dari Che Nom. Actually, berikut adalah resepi asal dari Che Nom yang Fiza ambik.

Bahan-Bahan:

  • Bahan untuk nasi goreng:
    • 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
    • 1 biji telur
    • 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
    • 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
    • 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
    • 2 batang serai, hiris nipis
    • 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
    • 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
    • sayur kobis, potong kecil
    • karot, potong dadu kecil
    • 2-3 helai sawi, hiris nipis
  • Bahan untuk tumbuk kasar:
    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 6 biji cili padi
  • Bahan untuk hiasan tambahan:
    • keropok goreng
    • telur goreng mata

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:
    1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
    2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
    3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
    4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata
Tapi, Fiza derhaka pada resepi tersebut... Sebabnya, kalau ikutkan resepi Che Nom ni, terdapat bahan seperti seafood. Kemudian, letak daun purut jugak. Disebabkan anak-anak Fiza tak suka seafood. Fiza tukar dengan telur dan ikan bilis. Daun purut Fiza tak letak pun.

Then, nak dapatkan rasa tomyam pulak sepatutnya guna pes tomyam. Tapi Fiza tukar dengan kiub tomyam knor... Yang penting rasa tomyam tu ada. Sos pulak, Fiza guna sos cili biasa. Then, letak kicap manis sedikit.

Bahan nasi goreng tomyam

Sayur pulak, Fiza just masukkan daun bawang dan carrot sahaja. Disebabkan Nur Dhia masih menyusu badan. Fiza tak letak pun sayur kobis, sebab sayur kobis antara sayur yang boleh mengurangkan susu. Tu apa yang Fiza alamilah ye. Last sekali, Fiza letak jugak sedikit habatus sauda.

Nampak tak betapa derhakanya Fiza pada resepi. Takpe la kan... Sendiri masak, sendiri makan. Nak buat simple pun takpe. Betul tak? 🤭

Hakikatnya, tu jela bahan yang ada dalam peti sejuk Fiza sebenarnya. Tak shopping lagi barang dapur. That why, derhaka banyak.

Tapi bila dah siap...

Resepi

Wah! Serious sedap. Encik suami siap puji. Katanya setanding dengan yang kedai punya, walaupun simple. Cuma hanya yang kurangnya seafood dan daun purut je la. Kalau tak, memang mantap! Haha... Pandaila membodek. Kan?

Alhamdulillah, puas hati sangat dengan resepi Che Nom ni. Next time, kita ikut sebijik resepinya yeah!

Sumber Resepi : Che Nom

#ResepiNasiGoreng
#NasiGorengTomyam