Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Beberapa hari yang lepas, Fiza ternampak budak Ijat updated IG dia tentang drama terbaru yang bakal ditayangkan di slot Tiara Astro Prima. Judul drama tersebut adalah Dendam Seorang Isteri.

Drama ini dikatakan sebagai sebuah drama adaptasi dari siri drama popular Korea dan Filipina suatu masa dulu yang berjudul Temptation Of Wife. Sebuah drama yang bertemakan pengkhianatan dan dendam.

Macam Menarik kan?

Drama Astro 105
Sumber dari IG Budak Ijat

Daripada apa yang budakIjat nyatakan. Drama ini bakal menampilkan pelakon Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh. 

Teringat pulak Fiza Nad Zainal dalam drama takdir yang tertulis. Memang hebat sungguh lakonan dia. Adakah drama ini jugak bakal jadi fenomena di Malaysia, bila mana dia digandingkan dengan Fasha Sanda. Seorang pelakon yang jugak tak kurang hebatnya? Kan...

Jadi, Jangan Lupa...

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd, dibawah arahan Nizam Zakaria dan Uchee Fukada ini akan mulai bersiaran pada 21 Mac 2022 nanti, di Astro Prima 105, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang.

Dengar cerita, drama ini akan bersiaran selama 80 episod

Lama tu...

Selain itu jugak, Berikut adalah barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini. Antaranya :-

Watak Pelakon

Fasha Sandha sebagai Amira
Wan Raja sebagai Harris
Nad Zainal sebagai Kirana
Aidit Noh sebagai Naufal
Syefik sebagai Syafiq
Amylea sebagai Neelisa
Zarynn Min sebagai Kak Baby
Ziema Din sebagai Datin Mona
Roy Azman sebagai Mus
Kween Keela sebagai Hilda

Lagu Tema (OST)

Lagu : Kesumat
Penyanyi : Rian Shain
Komposer: Amylea

Sinopsis Dendam Seorang Isteri

Daripada sedutan video yang dikongsikan oleh budak Ijat, Drama Dendam seorang isteri sepertinya mengisahkan tentang Amira. Seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. 

Malangnya Harris tetap bersikap berfoya- foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira.

Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq.  

Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana.

Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. 

Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya.

Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa! 
 
Apakah yang terjadi akhirnya...

Bagaimana plotnya diolah, menjadi ke tidak. kenalah tunggu masa tayangannya nanti okeh! Set the date.

#TemptationOfWife
#DendamSeorangIsteri
#DSI