Assalamualaikum,
Selamat Tengahari.

Bunga Hati | merupakan drama Melayu terbaru yang akan bersiaran di Astro Ria 104 bagi menggantikan drama Jangan Ganggu Jodohku.

Drama Bunga Hati merupakan adaptasi novel karya Liza Ali diarahkan oleh Jamal Khan. Dibintangi oleh Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi. 

Drama ini akan disiarkan menerusi slot Megadrama Astro Ria 104 pada malam ini 10 Januari, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Drama di bawah naungan Zeel Production Sdn Bhd ini juga akan bersiaran selama 20 episod.

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

Intan Najuwa sebagai Dilaila 
Redza Rosli sebagai Amer
Erwin Dawson sebagai Joshua 
Fauziah Ahmad Daud sebagai Salimah
Nafiez Zaidi sebagai Luqman
Fazziq Muqris sebagai Farizan
Fify Azmi sebagai Jessila
Zulkifli Ismail sebagai Razak
Lydiawati sebagai Noraini
Halmey Hamdah sebagai sebagai Dato Sulaiman

Megadrama Astro Ria

Sinopsis Bunga Hati

Mengisahkan tentang cinta 3 hati. Dilaila yang memendam rasa, Amer yang menderita bipolar kerana cinta, Joshua yang tulus ikhlas dalam cinta, Salimah yang berdendam dan membenci anaknya, Noraini yang penuh hasad durjana, Razak yang menyimpan rasa bersalah terhadap kisah silamnya, Luqman yang cacat tapi suci hatinya, Jessila yang mengejar cinta Amer dengan seribu daya dan Farizan yang penuh agenda.

Cinta pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. 

Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. 

Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta.

Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.

OST Drama

Judul : Berakhirlah Pencarianku
Penyanyi : Hafiz Suip & Ernie Zakri
Komposer : Dato’ A. Aida
Penulis Lirik : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

#SlotMegadrama
#AstroRia
#DramaBungaHati