Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Permainan Masak-Masak Atas Talian Untuk Anak-Anak | Harini merupakan hari pertama anak-anak ke sekolah setelah sekian lama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Kemudian bercuti untuk beberapa minggu. Bila dah cuti, mesti kita akan plan beberapa aktiviti untuk anak-anak kan.

Bercakap mengenai aktiviti anak-anak masa cuti, kena seimbangkan jugakla aktiviti mereka dengan bermain. Jadi takdelah mereka rasa tertekan duduk di rumah. Al-maklumlah, kita masih lagi dalam fasa pendemik. Kemudian, sana-sini banjir. Pastinya banyak aktiviti yang kita tak boleh nak buat di luar rumah. Betul tak?

Di sini Fiza nak share mengenai laman Culinary School.org, Di mana ia menawarkan lebih daripada 100 jenis permainan secara online kepada kanak-kanak mengenai dunia makanan dan masakan. Permainannya cukup menarik. Banyak benda yang akan anak-anak kita perolehi daripada setiap permainan yang ditawarkan. Kalau ada anak yang bercita-cita nak jadi chef atau tukang masak, sesuai sangatlah permainan yang ditawarkan sebagai pendedahan awal kepada dunia kulinari.

Menariknya jugak, Culinary School.org turut menyediakan permainan secara percuma, tiada iklan yang menganggu ketika bermain dan tak perlu pun nak muat turun. Menarik bukan?

Permainan Yang Terdapat Di Culinary School.org

Berikut adalah antara permainan yang terdapat di laman tersebut. Antaranya :-

  • Cooking and Kitchen Work - track multiple tasks in the kitchen and learn how to follow a basic recipe
  • Food Education Games - learn about healthy foods versus unhealthy foods
  • Serving Eaters - make sandwiches or play a waiter
  • Farming - familiarizes players with farms, farm animals and farming.
  • Other Fun Food-themed Games - described by category below.
    • Arcade Classic Games - Fruit Snake, Airport Rush, Food Delivery Rush
    • Platform Games - Candy Girl Adventure, Fruit Adventure, The Greedy Chef & more
    • Glass Filling Games - Happy Filled Glass, all 3 Filled Glass games, Fruit Splash, Liquid Orange
    • Physics Puzzle Games - Candy Pig, Milk for Cat, Cut for Cat, Jelly in Portal, Mortar Watermelon
    • Slicing Games - Cut Fruit, Fruit Slasher, Fruit Boom & more
    • Memory Card Games - Fruit Memory, Sweet Memory & more
    • Mahjong Games - Mahjong Solitaire & Mahjong Connect
    • Paint by Number Games - simple pixelated nonograms
    • Logic Puzzle Games - Fruit Tiles & Plumber Soda logic puzzles
    • Match 3 Games - Candy Fiesta, Donuts, Ice Cream Frenzy & more
    • Idle Games - Merge Cakes, Pancake Pileup, Spaghetti, Mummy Candies & More

Mencuba Beberapa Jenis Permainan Bersama Anak-Anak

Ketiga-tiga anak Fiza perempuan. Cumanya, yang paling bongsu jelah yang tak terlibat. Al-maklumlah, umur pun baru setahun 10 bulan. Fiza tak nak dedahkan dia terlalu awal dengan gajet. 

Bila Fiza ajak mereka mencuba permainan di laman ni, mereka jadi teruja. Al-maklumlah, selalu mereka main alat permainan masak-masak yang dibeli dari kedai je. Tetapi, berlainan pulak kali ni. Mereka bermain masak-masak atas talian. Antara permainan yang sempat kami cuba bermain adalah seperti berikut :-

Can I Eat It?

Anak kedua Fiza berumur 7 tahun. Dia nak cuba permainan yang simple je. So, Fiza suruhla dia cuba permainan Can I Eat It?

Permainan atas talian

Actually, permainan ni menguji kepantasan dan fokus anak-anak untuk berfikir dan seterusnya membuat keputusan berdasarkan gambar yang keluar sama ada boleh di makan atau tidak. Permainan ni sangat mudah, cuma pilih yes atau no sahaja. Jika berlakunya kesilapan, kena ulang semula permainan tersebut. First time main, not bad. Boleh score 14 markah. Sesuai sangatla permainan ni untuk anak berusia 5 ke 7 tahun.

Plumber Soda

Selain permainan Can i eat it? Ain jugak mencuba permainan plumber soda. Katanya seronok susun batang plumber. Permainan ni cukup mudah. 

Permainan kanak-kanak

Bila berjaya susun batang paip tersebut, air soda akan terus mengalir mengisi botol yang kosong. Tengok-tengok, Nur Ain main sampai level 14. Semakin tinggi level, semakin banyak plumber yang kena kita susun. Menarik sangat, kan?

Be Cool Scooby-Doo Sandwich Tower

Alia pulak mencuba permainan Be Cool Scooby-Doo Sandwich Tower, di mana permainan ini menguji kecekapan kita untuk membuat sandwich yang tinggi berdasarkan bahan-bahan yang diberikan.

Online games kids

Kemudian, kita hendaklah bergerak ke kiri dan ke kanan untuk menangkap bahan yang jatuh dan diperlukan. Dalam masa yang sama kena elak bahan yang tidak berkaitan. Banyak kan kerja yang nak dibuat dalam satu masa. Namun, permainan ini boleh menyebabkan anak ralit bermain. Kak Alia kata best sangat. Tak sampai 5 minit bermain dah boleh score 4000 mata dah.

Lubuk Permainan Menarik Berbentuk Kulinari Untuk Kanak-Kanak

Pendek kata, terdapat banyak lagi permainan yang menarik terdapat di laman Culinary School.org yang boleh kita main. Bukan setakat budak-budak je yang suka. Mak-mak pun pasti terjebak sama.

Bukan setakat menarik, malah kita boleh bermain secara percuma, tanpa perlu muat turun dan juga takde lansung iklan yang menganggu kita ketika bermain. Menarik bukan?

Apalagi, jom isi masa lapang korang dengan permainan menarik di Culinary School.org.