Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam | Tak lama lagi Sarawak akan beralih ke fasa 4 Plan Pemulihan Negara. Itu bermakna sekolah juga akan mula beroperasi. Menurut pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, sekolah di Sarawak akan mula beroperasi pada bulan Januari 2022.

Memandangkan sekolah akan mula beroperasi, pastinya kita sebagai ibubapa akan sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Betul tak?

Bercerita mengenai kelengkapan sekolah anak-anak, kasut adalah kelengkapan paling diutamakan selain daripada pakaian seragam sekolah dan kelengkapan yang lain. Betul tak?

Selalunya, kalau korang beli kasut sekolah anak-anak. Korang akan beli berdasarkan kualiti kasut ke, atau harga kasut? Nanti boleh kongsikan di ruangan komen ye.

Dalam blogpost kali ini, Fiza nak kongsikan sedikit pandangan peribadi Fiza tentang kasut sekolah pilihan Fiza. Dalam memilih kasut sekolah anak-anak, Fiza lebih pentingkan kualiti kasut daripada harga. Kenapa? Jom, Fiza kongsikan sebabnya.

Kasut sekolah

Kenapa Pilih Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam?

Sebenarnya, terdapat banyak pilihan kasut sekolah yang berkualiti di pasaran. Namun, Fiza lebih tertarik dengan kasut jenama Pallas Jazz hitam sejak dari dulu lagi. Dah 4 tahun Alia sekolah. Jadi, 4 tahun jugalah dia memakai kasut jenama Pallas. Oleh demikian, Fiza nak kongsikan la apakah kelebihan kasut Pallas sehingga Fiza menjadikan ianya sebagai kasut pilihan utama untuk anak-anak.

#1. Harga Mampu Milik

Pertama sekali pada Fiza, harganya sangat mampu milik. Apa yang penting, kualiti kasutnya sangat bagus setanding dengan harga. Sepanjang anak Fiza pakai kasut jenama ni, sepasang dia boleh guna sehingga 2 tahun lamanya. Ini kerana ia didatangkan dengan ciri kanvas di bahagian atasnya yang tahan lasak untuk pemakaian yang lama. Tidakkah itu berbaloi dan menjimatkan.

#2. Jenis Zap-on

Kemudian, ianya sangat senang untuk dipakaikan sebab kasut ni jenis Zap-on dan tak bertali. Tarik, terus lekatkan mengikut keselesaan. Sesuai sangatlah untuk anak-anak yang berumur 7-12 tahun. Di mana, kasut jenis ini tidak mengambil masa yang lama untuk dipakaikan.

Pallas

Satu lagi, anak-anak jenis lasak memang sesuai sangatlah pakai kasut ni. Kenapa Fiza cakap macam tu sebab bila dah lasak dan guna kasut bertali, kekadang disebabkan leka bermain mereka tak perasan pulak dengan tali terbuka. Bukan kah boleh menyebabkan kemalangan kecil seperti terpijak tali kasut sendiri lalu tersadung.

Tapi dengan menggunakan kasut Pallas jazz jenis Zap-on ini, risiko untuk tersadung itu dapatla dikurangkan sebab kasut Pallas jenis ini hanya perlu dilekatkan sahaja dibahagian pelekatnya mengikut keselesaan. Pelekat pun jenis kukuh.

#3. Foam Lining Untuk Keselesaan Dan Keselamatan

Selain itu, alasan ketiga pulak mengapa Fiza memilih kasut Pallas adalah kerana ianya sangat sesuai untuk perkembangan kaki anak-anak. Di mana kasut ini mempunyai ciri foam yang lebih tebal, yang mana ianya dapat membantu melegakan ketegangan pada otot kaki. Jika nak pakai lama pun, ia tidak akan menyakitkan. Malah, akan memberikan keselesaan kepada anak-anak.

#4. Ringan

Dalam masa yang sama, kasut ini jugak ringan. Bila ringan, automatik ia akan mengurangkan beban pada kaki anak-anak untuk bergerak. Sesuai sangatlah untuk anak-anak yang aktif di sekolah.

#5. Tapak kasut Tidak Licin

Alasan seterusnya pulak adalah kerana rekaan tapaknya terdiri daripada getah yang tidak terlalu keras. Tapak kasut yang tidak licin dan lebih cengkaman ini akan menyebabkan anak-anak berasa selesa dan selamat. Risiko untuk tergelincir ketika berjalan atau berlari di laluan yang licin akan dapat dikurangkan.

Jenis kasut

Kesimpulannya, kasut Pallas sangat sesuai untuk anak-anak kerana rekaannya yang amat menitikberatkan konsep ‘3S’ iaitu Keselesaan, Kesihatan dan Keselamatan. Harga pun takdelah mahal sangat. Betul tak?

Bagaimana Cara Untuk Membeli Kasut Pallas Dengan Mudah?

Bukan Fiza je yang kata kasut jenama Pallas ni bagus, malah ramai lagi ibubapa di luar sana juga turut memberi feedback yang positif tentang kasut jenama ni. Banyak kan kelebihan yang terdapat pada kasut Pallas.

Nak tahu lebih lanjut mengenai tawaran ataupun kelebihan kasut Pallas yang lain, bolehlah layari laman www.pallas.com.my yeah!

Apa tunggu lagi, jom dapatkan kasut Pallas korang dengan mudah melalui pembelian secara online di www.wow2wee.com, dijamin selamat tau urusan jual belinya.

Tak pun korang boleh dapatkannya sendiri di mana-mana mall yang berdekatan dengan korang. Korang boleh pilih dan lihat secara fizikal. Lagi puas hati.

Pada Fiza, kasut jenama Pallas ni sangat berbaloi untuk dimiliki. Fiza dah, korang bila lagi?