Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Nescafé Pandan Edisi Lokal | Petang semalam masa isi minyak di Shell, encik suami ternampak Nescafe Pandan. Dia tahu Fiza suka buat reviews di blog, jadi dia pun terus pergi beli. 

Setin dijual dengan harga RM2.50. Fiza ada jugak search di google mengenainya, ternyata ada sesetengah tempat yang  menjualnya dengan harga RM2.10. Mungkin, atas faktor jarak tempat kot yang membuatkan harganya berbeza-beza. 

Kemudian, cari jugak kenapa Nescafe Pandan ni dikeluarkan. Rupanya ia dikeluarkan bagi merancakkan lagi sambutan Bulan Kopi Antarabangsa buat rakyat Malaysia yang jatuh pada 1 Oktober setiap tahun. Dah berlalu sebenarnya dan baru sekarang Fiza berkesempatan untuk merasa.

Selain, Nescafe Pandan. Terdapat Dua lagi perisa yang turut dikeluarkan iaitu Nescafé Gula Melaka yang hanya boleh didapati di 7-Eleven dan Nescafé Sirap Bandung di Petronas.

Produk Terbaru

Pandangan Peribadi Tentang Packaging Dan Rasa Nescafe Pandan?


Ok! Untuk packaging, memang cantik sesuai dengan tema Nescafe Pandan. Part rasa pulak, terus terang... Tak sedap! Out. Padanan rasa kopi dan pandannya lansung tak boleh diterima anak tekak. Nasib baik encik suami beli setin je. Tu pun tak habis kongsi berdua. 

Apa-apa pun, lain orang lain citarasa. Tak sedap bagi Fiza, mungkin sedap bagi orang lain. Betul tak?

Nanti kita try yang sirap bandung dan gula melaka pulak.

#NescafePandan