Assalamualaikum,
Perisik Cinta Tak Diundang, sebuah drama Melayu terbaru Malaysia yang bakal bersiaran pada 21 September 2021 nanti bagi menggantikan drama Shah Alam 40000.

Ia merupakan drama adaptasi novel 'Perisik Cinta Tak Diundang' karya Puteri Aqish di Slot Akasia TV3. Setiap Isnin hingga Jumaat, Jam 7 malam. Drama arahan Azmi Mohd Hata ini juga akan menampilkan lakonan Andi Bernadee, Shiha Zikir, Bella Astillah dan Hafidz Roshdi.

Slot Akasia terbaru
Sumber : Myinfotaip

WATAK PELAKON

Kemudian, berikut adalah barisan pelakon dan watak yang mereka akan pegang di dalam drama ini di mana...

• Andi Bernadee sebagai Niyaz
• Shiha Zikir sebagai Medina
• Hafidz Roshdi sebagai Firas
• Bella Astillah sebagai Erianna
• Wani Kayrie sebagai Anida
• Salina Saibi sebagai Hanim
• Esma Daniel sebagai Tuan Muhsin

SINOPSIS PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Kisah tentang gadis bernama Medina yang menganggur sekian lama walaupun mempunyai kelulusan pendidikan tinggi. Sentiasa menerima bebelan ibunya bukan sahaja tentang status penganggurnya, tetapi juga status bujang yang disandangnya. Bebelan ibunya sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada Medina. Walaupun Firas rakan sekampungnya datang meminang, Medina masih lagi tidak memikirkan tentang jodoh.

Pertemuan pertama dan keduanya dengan Niyaz dalam keadaan yang kurang baik. Kali pertama Niyaz secara tidak sengaja mentertawakan nama nasi lemak yang dijual oleh Medina.

Kali kedua pula ketika dia dilanggar kereta keluarga Niyaz sehingga menimbulkan pertengkaran dengan kakak Niyaz iaitu Hanim. Namun pertemuan demi pertemuan antara mereka banyak membuka mata Niyaz terhadap keperibadian Medina yang sebenar.

Pernah Medina menolongnya ketika Niyaz terjatuh dan membawanya ke hospital. Pernah juga Medina membantunya ketika Niyaz tidak ada cash untuk membayar pesanan makanannya, menyebabkan Niyaz makin tertarik dengan Medina.

Ketika Medina terlanggar Niyaz secara tak sengaja telah menyebabkan telefon bimbit mahal Niyaz rosak, kesempatan ini diambil oleh Niyaz untuk memerangkap hati Medina. Akhirnya setelah melalui beberapa siri pujuk-memujuk daripada Niyaz dan ahli keluarga Medina sendiri, Medina setuju untuk bertunang.

Puas Niyaz mengajaknya untuk berkahwin namun Medina tetap degil dan belum bersedia, Sehinggalah ancaman dan ugutan daripada Firash lah menjadi asbab berlangsungnya majlis perkahwinan mereka.

Selepas Medina kahwin, Firash pun melangsungkan perkahwinannya namun dalam masa yang sama masih lagi tidak berhenti-henti menganggu Medina. Pertemuan terakhirnya dengan Medina penuh dengan ugutan namun semuanya berakhir dengan kematian. Firash terkorban dalam nahas jalan raya. Dari situlah terbongkar rahsia kenapa Medina tidak mahu menerima Firash kerana Firash sebenarnya ahli kumpulan gangster di Kuala Lumpur.

Berakhir cerita Firash muncul pula Erianna. Erianna merupakan anak kepada kawan ibu bapa Niyaz. Suatu ketika dulu, Erianna pernah menjatuhkan nama Niyaz dan keluarganya apabila dia menuduh Niyaz merupakan ayah kepada kandungannya, walhal dia tidak ada hubungan pun dengan Niyaz.

Kemunculan semula Erianna menimbulkan kemarahan kepada Niyaz. Walaupun secara luarannya, Erianna telah jauh berubah tetapi Niyaz tidak mempercayai niat Erianna mendekati keluarganya. Telahannya benar apabila Erianna tidak berhenti-henti untuk menganggu rumahtangganya dengan Medina atas alasan perasaan cinta terhadap Niyaz lahir tanpa dipinta.

Masalah mula timbul apabila keluarga Niyaz dengan senang hati menerima kehadiran Erianna dalam keluarga mereka. Malah Erianna turut diterima bekerja di dalam syarikat Niyaz. Amar kawan baik Niyaz yang telah jatuh cinta dengan Erianna turut sama tidak mempercayai Niyaz kerana terlalu mengikut rasa hati percayakan Erianna.

Berbagai cara Erianna gunakan untuk mengoda Niyaz namun tidak berjaya kerana ketegasan Niyaz dan rasa sayangnya terhadap Medina. Hal ini memang mengeruhkan kebahagiaan rumah tangga mereka namun mereka tetap membina kepercayaan masing-masing sehinggalah segala muslihat Erianna terbongkar sewaktu dia menyeludup masuk ke dalam bilik tidur Niyaz dan Medina. Waktu Niyaz demam dan dalam keadaan kurang bertenaga menyebabkan dia tidak menyedari kehadiran Erianna yang tidur di sebelahnya. 

Kejadian itu benar-benar memberi tamparan hebat kepada Medina. Hilang terus kepercayaannya kepada Niyaz. Puas dia memujuk hatinya agar mempercayai suaminya namun dia tidak dapat menerima bayangan Erianna membelai suaminya. Maka bermulalah episod pujuk memujuk. Niyaz terpaksa mengambil tindakan mengurung isterinya di dalam hotel sehinggalah Medina menurut katanya untuk balik ke rumah mereka. - Sumber : Julianabibiana

Berjayakah hubungan mereka diselamatkan? Kenalah tunggu masa tayangannya nanti bermula 21 September 2021, dalam slot Akasia TV3 yeah!

#SlotAkasiaTerbaru
#Perisikcintatakdiundang