Assalamualaikum 🖤,
Tadi sempat jugak layan episod akhir drama Perisik Cinta Tak Diundang di TV3. Kisahnya, Yusuf anak Erianna masuk hospital gara-gara dilanggar lari oleh Firash dan menghadapi kekurangan darah.

Amar yang kebetulan sama kumpulan dengan darah Yusuf terus menawarkan diri untuk memberi bantuan. Amar memang dah lama menyimpan perasaan terhadap Erianna.

Di hospital...

Akasia tv3

Ketika Niyaz sedang leka menenangkan dan menyapu air mata Erianna, tiba-tiba Medina muncul dan terus berasa tidak selesa melihat situasi tersebut. Walau pun begitu, Medina tetap memberi sokongan kepada Niyaz supaya membantu Erianna.

Hari demi hari, Niyaz sibuk ke hulu ke hilir menemani mak ayah dia menziarahi Yusuf sehingga menyebabkan Medina rasa terabai.

Akhirnya, Medina balik kampung dan pulangkan cincin pemberian Niyaz. Sebulan lepas tu, mereka menerima jemputan kawin dari Tuan Muhsin. Katanya, anak angkat mereka Erianna yang akan berkahwin.

Pada mulanya, ibu Medina tidak bersetuju dengan cadangan Medina supaya menghadiri majlis tersebut kerana khuatir akan Medina. Dia tak nak Medina bersedih sekiranya Erianna sebenarnya berkahwin dengan Niyaz. 

Menjelang hari perkahwinan Erianna, Medina dan keluarganya turut menghadiri majlis tersebut. Ingatkan Erianna berkahwin dengan Niyaz. Rupanya tak. Sebaliknya Erianna berkahwin dengan Amar. Medina meminta maaf dengan Niyaz kerana tidak memberi peluang kepada Niyaz untuk ceritakan perkara yang sebenarnya. Niyaz marah dan tidak memperdulikan Medina. Medina berlalu pergi dan kisahnya berakhir di situ.

Pandangan Peribadi Terhadap Kesudahan Drama Perisik Cinta Tak Diundang

Pengakhiran yang menarik, cumanya lagi elok kalau Niyaz dan Medina kawin dulu baru tamat. Kan?

Maybe ada sambungan siri kedua pulak, siapa tahu. Betul tak?

Apa-apa pun Fiza suka tengok Shiha Zikir bawa watak Medina dalam drama ni. Tak kaku dan bersahaja. Sesuai bila digandingkan dengan Andi Bernadee sebagai watak utama. Pendek kata, not bad la lakonan dia dan Andi. 

Nota Kaki : Esok dah start drama baru berjudul semanis senyumanmu. Tak pasti, nak layan ke tak? Sebab tak minat sangat lakonan Daiyan Trisha. 🤭

#Akasiatv3
#perisikcintatakdiundang