Assalamualaikum,
The Hotel merupakan drama bersiri Melayu terbaru di Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria dalam Slot Megadrama bagi menggantikan drama Hawa yang bakal menamatkan episodnya tidak lama lagi.


Drama terbitan Juita Viden, diarahkan oleh Helmi Yusof dan idea asal daripada Michael Ang ini akan turut menampilkan gandingan Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee.

Bakal menemui penonton di slot Megadrama Astro Ria dengan 24 episod mulai 15 September ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Astro Ria
Sumber dari IG Bambam_studios

WATAK PELAKON

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

MK K-Clique sebagai Sean 
Mira Filzah sebagai Raisa
Sean Lee sebagai Umar 
Natasha Elyzza sebagai Umaira
Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
Eina Azman sebagai Julia
Yasmin Hani sebagai Maya 
Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas
Alif Hadi sebagai Tengku Arif

SINOPSIS THE HOTEL

The Hotel mengisahkan tentang seorang wanita bernama Raisa yang menjalani kehidupan mewah bersama ibunya, Maya.

Namun Raisa mengalami gangguan mental yang mana dia tidak dapat mengawal emosi dan tingkah lakunya. Dia bertindak mengikut kehendaknya sehingga sanggup membunuh. 

Apakah puncanya, siapakah yang menjadi mangsa... Atau adakah berlaku kehadiran seorang lelaki dalam drama ni... Yang mampu menenangkannya?

Hah! Itu cuma persoalan yang berlegar dalam fikiran Fiza je ye... Apa pun kisah disebaliknya, nak tahu kesudahan... kenalah tunggu masa siarannya nanti iaitu 15 September 2021, di slot Megadrama Astro Ria 104, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Okeh!

Selamat menonton semua. 🥰

#SlotMegadrama
#TheHotel