KENAPA SIRI ANIMASI NABI-NABI DAPAT SAMBUTAN RAMAI DI NURFLIX?


Assalamualaikum,
Siri Animasi Kalimullah dan Habibullah di Nurflix menjadi tema perkongsian Fiza kali ni. Bermula 10 Ogos lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah telah mula dipertontonkan kepada umum dan rata-rata penonton merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Animasi terbaru di Nurflix

Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa. Berikut merupakan sebab mengapa anda WAJIB menonton siri-siri ini, menurut Diana Amir dan Fara Fauzana:

Pandangan Diana Amir Tentang Siri ini :

Siri animasi nabi-nabi

Dengan adanya sarikata Bahasa Melayu dalam siri ini, penonton secara tidak langsung dapat mempelajari Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan (Diana juga sedang dalam proses mempelajari Bahasa Arab).

Visual yang menarik dan menghiburkan mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cerita selain usaha pembacaan sendiri. Terdapat banyak fakta menarik yang selalunya jarang diketengahkan . Contohnya: Mengapa Abdul Muttalib digelar Shaybah kerana dari kecil sudah ada uban di kepalanya.

Siri ini mengetengahkan Rasulullah sebagai contoh keperibadian mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam sebagaimana ayat 21 Surah Al-Ahzab “Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik

Paling penting, apabila penonton memahami dan mengetahui perjalanan sirah Nabi ini, secara tidak langsung kecintaan kepada Nabi dapat dipupuk dari peringkat kanak-kanak lagi.

Akan datang, bakal dipertontonkan di Nurflix siri tentang Nabi Adam AS (hujung Ogos), Nabi Nuh AS (hujung Ogos), Khalilullah: Nabi Ibrahim AS (pertengahan September), Nabi Yusuf AS (pertengahan September) dan Nabi Sulaiman AS (Oktober).

Pandangan Fara Fauzana Tentang Siri Ini :


Kisah-kisah Nabi yang menarik tentang Habibullah dan Kalimullah.

Kalau kita menonton siri animasi Nabi-Nabi ini, dari sudut video animasi dan penceritaan, bukan sahaja sesuai untuk anak-anak kecil tetapi juga untuk orang dewasa. Memang akan layan habis dengan setiap episod yang dipertontonkan.

Setiap kali kita menonton siri animasi ini, kita akan sentiasa tidak sabar untuk melihat episod seterusnya.

Kita akan teringat balik apa yang pernah kita baca. Untuk sesetengah orang, bila mahu kembali membaca balik, ada yang malas. Jadi melalui siri ini, kita akan terimbas kembali apa yang pernah dibaca. 

Tentang Siri Animasi Habibullah dan Kalimullah

Siri animasi HABIBULLAH ini merupakan kisah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang akan membawa kita menelusuri sirah nabawiyah secara santai dan menghiburkan.

Bahagian pertama kisah ini bermula dari masa sebelum kelahirannya Nabi Muhammad saw, kemudian kelahiran dan asuhannya, kemudian ramalannya dan isyarat Mekah, kemudian hijrah ke Madinah , dan kemudian peristiwa hingga pertempuran Badar terakhir.

Siri ini juga memaparkan keindahan akhlak sebenar Rasulullah saw di mana naskhah ini bertujuan untuk menyampaikan risalah sebenar tentang mengapa Baginda diangkat sebagai Khatam an-Nabiyyin iaitu Penutup Segala Nabi.

Pengarah: Ahmed Hassan
Penerbit:  Ahmed Taha

Tentang Siri animasi KALIMULLAH:

Peristiwa bahagian pertama dari siri ini berkisar pada kisah hidup Nabi Musa AS, yang disebut ‘Speech of God’. Rentetan siri ini dimulai sebelum kelahiran Musa AS, mengetahui bagaimana Bani Israel sampai di tanah Mesir, kemudian peringkat setelah kelahiran dan kemudian asuhannya sehinggalah kepada peristiwa yang terjadi tempat antara Nabi Musa AS dan Firaun.

Pengarah: Ahmed Hassan
Penerbit:  Ahmed Taha

Sarikata Bahasa Melayu: Medatta International (M) Sdn Bhd

Jangan lupa muatturun Nurflix di Apple AppStore dan juga Google Playstore atau layari di https://nurflix.tv/ dan subscribe untuk dapatkan kandungan islamik yang menarik.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. bestnya tengok animation macam niiii... su baru first time dengar apps nurlix tu.. mcm best je untuk dicuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Kalau dorang tak emailkan akak, memang tak tahu pun pasal Nurflix ni.

      Padam
  2. Saya suka cerita macam ni, tapi tadi install apps tu, macam tak boleh sign up, ke saya yang salah? Ke macam mana kak fiza? Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat laman tu ada trial untuk 7 hari Tiqah, masukkan email. If nak langgan dia bagi RM19.90 per months. If nak boleh download app dia. 🤭

      Padam
  3. Boleh tengok ni. Nanti nak install juga la.
    Bila sebut bahasa arab ni dulu stress belajar masa form 1 form 2, dah remaja bangka macam ni rasa menyesal pula sebab best bahasa arab ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat. Dulu tak serius belajar bahasa Arab. La ni kena hadap bila anak² PdPR. Sekali dengan mak dorang belajar sekali bahasa Arab. 😂🤣

      Padam
  4. Macam best jer apps ni. Suka gak tengok cerita animasi kisah2 nabi ni😊💕.

    BalasPadam
  5. Menarik! Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64!"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyambut hari kemerdekaan juga Syaz.

      Padam
  6. Kisah nabi bentuk animasi ni memudahkan budak faham dan menarik minat 👍

    BalasPadam
  7. Best tengok animasi cerita cerita nabi . Dapat tambah ilmu

    BalasPadam
  8. nurflix? bagus la intipati rancangan. bagi kita mengenal sejarah islam lebih dekat

    BalasPadam
  9. Nurflix sememang baik untuk tontonan segenap umur. :) Tambahan kisah para Nabi. ;)

    BalasPadam
  10. Baru tau wujud nurflix. Sama ni tgk cerita nabi2 kat YouTube je dgn alihsuara Indonesia

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com