Shah Alam 40000, Akasia TV3


Shah Alam 40k, drama bersiri terbaru Malaysia yang bakal bersiaran pada 3 Ogos 2021 bagi menggantikan drama Hatimu Sedingin Salju.

Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Isma Yusoof dan turut menampilkan para pelakon seperti Rita Rudaini, Umie Aida dan Anna Jobling.

WAKTU SIARAN

Nantikan akan kemunculannya pada 3 Ogos 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 Malam di Slot Akasia TV3.

WATAK PELAKON SHAH ALAM 40000K

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-
  • Umie Aida sebagai Datin Azalina
  • Rita Rudaini sebagai Datin Rose
  • Anna Jobling sebagai Shafinaz
  • Fadlan Hazim sebagai Kush
  • Jabir Meftah sebagai Akiff
  • Danish Iskandar sebagai Fatah
  • Zailin Aqeesha sebagai Arisa
Slot Akasia tv3 terbaru
Sumber dari extra.com.my

SINOPSIS SHAH ALAM 40000

Shah Alam 40K mengisahkan tentang beberapa orang sahabat yang tinggal di kejiranan yang sama di kawasan Shah Alam. Datin Sri Azalina, 47, seorang usahawan berjaya yang dikenali, isteri kedua pada Dato Sri Yahya (pemilik multi business) mempunyai dua orang anak, Akiff, 20 (baru masuk universiti), dan Arissa, 14 (pelajar sekolah).

Datin Rose, 43 – seorang Datin yang secara natural seorang suri rumah, yang selalu ingin cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Isteri kedua kepada Dato Anuar, 52.

Shafinaz McKenzie, 31 – super-hot, famous celebrity and influencer, memang keluarga kaya. Merupakan rakan baik Datin Sri Azalina dan Datin Rose. Baru putus dengan seorang Chef celebrity terkenal – Chef Kush.

Cerita bermula dari pembukaan cafe DS Azalina, di mana semuanya kelihatan normal, seperti tidak ada masalah yang berlaku antara mereka. Tapi rupanya dalam diam, masing masing merahsiakan pelbagai perkara.

Rose merahsiakan yang dia dikejar Along apabila ditipu oleh business partner nya, yang juga merupakan ex-selebriti. Shafinaz merahsiakan tentang perhubungannya dengan seorang pilot dan akhirnya terbongkar juga. Begitu juga dengan suami dan anak mereka semua. Adakah dengan terus menyimpan rahsia ini akan menyelamatkan perhubungan sesama mereka?

Nak tahu akan kesudahannya kenalah tunggu masa tayangannya nanti pada malam esok di TV3 okeh.

#SlotAkasia
#DramaTerbaruTV3
#ShahAlam40K

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. biasa slot Akasia banyak cerita cintan cintun kan. nie macam bukan plot percintaan.

    BalasPadam
  2. Drama ni memang best dan wajib tengok.. nanti nak tengok lagi walaupun dah habis tengok.

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com