Reviews Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut

Assalamualaikum.
Good Morning.

Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut Limited Edition, satu lagi produk coklat keluaran Dairy Milk yang berstatus terhad. Coklat berperisa pandan, macam manalah rasanya kan. Dah seminggu jugak cari di kedai berdekatan. Tapi, tak jumpa-jumpa.

Walaubagaimana pun, Alhamdulillah semalam masa beli barang dapur encik suami jumpa dan terus beli. Akhirnya ada jugak rezeki Fiza untuk merasa Cadbury Pandan Kelapa. Seperti biasa, Fiza akan menyatakan pendapat mengenainya berdasarkan pengalaman sendiri.

Coklat edisi terhad

PENDAPAT PERIBADI TENTANG HARGA DAN RASA CADBURY DAIRY MILK PANDAN COCONUT

Actually, encik suami beli Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut bersaiz 160gram. Di tempat Fiza, ianya dijual dengan harga RM10.50. Agak mahal jugaklah untuk satu bar coklat yea. 🤭 Tapi, bila check di Shopee... Ianya dijual dengan harga RM7.20 ke RM8.50. Tapi harga tu, belum lagi termasuk postage ye. Tak perlula nak bandingkan harga, jarak tempat pasti menjadi sebab kenapa harga sesuatu barang tu berbeza. Betul tak?

Coklat limited edition

Bila unboxing...

Wah! Semerbak bau pandannya tau. Terus tergoda untuk merasa. Color Packaging pun dah membuatkan kita tertarik, inikan pulak bau pandannya yang semerbak tersebar sebaik sahaja bungkusannya dibuka.

First  gigitan takde lagi rasa sesuatu yang menarik pun. Tapi, selepas beberapa kali gigitan, kita akan rasa kelapa parut panggang yang berperisa pandan di dalamnya. Pada Fiza, Sesuai sangatla dengan selera tempatan orang Malaysia. Rasa pun just nice, lemak manis dan tak terlalu manis. Sedap!

Baca Juga : Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Nestle Onde-Onde

Kiranya, kombinasi coklat pandan kelapa kali ni menepati selera anak tekak jugaklah. Berbaloi beli. Hehe...

Akhirnya, Mission accomplished!

#ProdukBaru
#CadburyDairyMilkPandanCoconut
#LimitedEdition

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Nampak sedap. Nak cari jugalah coklat ni nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Not bad la Jannah. Just nice je rasa dia.

      Padam
  2. kak ana dah rasa, maneh leting hehe :)

    BalasPadam
  3. Asyik lalu lalang je orang review cadbury ni, memang nak kena cuba gak ni hahahaha. Memang terbau bau lah aroma pandan tuuu!

    BalasPadam
  4. Sekali sekala buleh la mkn coklat. Rego dah naik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Abam Kie. Sesekali boleh la. Kan?

      Padam
  5. Ramai juga yang dah cuba cadbury pandan . Tapi ccl belum cuba m ada yang cakap terlalu manis , tetapi ada terselit rasa pandan tu

    BalasPadam
  6. kena try jgk ni.. ramai dh blogger dok update.. teringin pulak.

    BalasPadam
  7. Dah cuba, memang sedap! Bau pandan dan rasa yang sedap menepati selera saya jugak. Kalau beli kat 7E dan petronas mahal sikit. Memang cecah harga RM10 tu.

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com