Hawa Megadrama Astro Ria 104

Assalamualaikum,
Drama Hawa merupakan drama Melayu bersiri terbaru Malaysia yang mana akan bersiaran di slot megadrama Astro Ria 104 mulai 24 Ogos 2021 bagi menggantikan megadrama Cik Ayu Mee Sanggul. Ia akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Selain itu, ia jugak akan bersiaran selama 9 episod.

Drama hasil tulisan skrip oleh Baizura Kahar dan Tam Suhaimi. Di arah sendiri oleh Tam Suhaimi dan dari produksi Infinitus Productions Sdn Bhd ini jugak turut menampilkan para pelakon seperti Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris dan Yusri Saleh.

Megadrama Astro Ria 104
Sumber dari IG bambam_Studios

WATAK PELAKON 

Jadi berikut adalah watak yang dipegang oleh setiap pelakon di dalam Megadrama Hawa. Antaranya :-

Nadiya Nisaa sebagai Along/Hajjah Saadah

Ruzana Ibrahim sebagai Angah / Fauziah
Bella Dowanna sebagai Acu / Raudah
Hamidah Wahab sebagai Hajjah Imaan
Donna Muslim sebagai Musa
Akmal Abdullah sebagai Azizah
Shah Faris sebagai Naim
Yusri Saleh sebagai Haji Ali 

LAGU TEMA 

Lagu : Hawa 
Komposer : Tilla Hanna & Lo Shi Seng 
Lirik : Tilla Hanna 
Muzik: Lo Shi Seng

SINOPSIS DRAMA HAWA

Drama Hawa mengisahkan tentang kekeluargaan di mana Kehidupan Along (Nadiya Nisaa) menjadi huru-hara selepas suaminya, Haji Ali koma. Merumitkan lagi keadaan apabila munculnya isteri kedua Haji Ali (Yusri Saleh). Keluarganya Hajjah Imaan (Hamidah Wahab), Angah (Ruzana Ibrahim) dan Acu (Bella Dowanna) pula mempunyai masalah mereka sendiri. Nak tahu kesudahan jalan ceritanya, kenalah set waktu siarannya yea. Drama 10 malam Astro Ria 104.

Malam ni dah start okeh!

Nota Kaki : Lama dah tak tengok Nadiya Nisaa ni berlakon. Best jugak dia ni kalau berlakon. Dulu pernah trending dalam drama Adam dan Hawa, gandingan dia dan Aaron Aziz. Best cerita tu...

#MegadramaTerbaru
#HawaAstroRia104

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. drama baru, boleh tonton untuk mengisi masa lapang nampaknya

    BalasPadam
  2. okay baik. Malam ni dah start dah. Jom tengok!

    BalasPadam
  3. okay baik. Malam ni dah start dah. Jom tengok!

    BalasPadam
  4. Drama menarik tapi kat Astro.. Tak de astro nak tengok.. Banyak pula drama best kat astro now

    BalasPadam
  5. mcm best je ni,, suka nadiya nisa

    BalasPadam
  6. Betul, macam dah lama sangat tak tengok nadiya nissa tu berlakon, dulu hot dia masa berlakon adam hawa dengan aaron aziz tuuuuuu

    BalasPadam
  7. Macam best drama ni . Tak sempat nak follow

    BalasPadam

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com