Dari episod 1 hinggalah episod 44, Fiza tak pernah lagi ketinggalan untuk menonton #RASN. Ternyata drama ni menjadi trending dan fenomena di Malaysia. Di media sosial, saban hari akan ada sahaja yang berkongsi mengenainya. Syabas buat pengarah Along Kamaludin dan penulis novel drama ni, iaitu Siti Rosmizah atas kejayaan drama ni menjadi drama terbaik untuk tahun 2021.

Sumber Dari IG SitiRosmizah

Kisah Di Sebalik Episod 44

Sedang Naz berbual dengan umminya, tiba-tiba kedengaran suara puteri menjerit dari bilik. Dalam keadaan menangis teresak-esak, dia turut memberitahu ummi yang Sarah masih hidup.

Apalagi, Naz yang rindukan Sarah terus menelefon Aidil untuk bertanyakan tentang Sarah. Pada mulanya, Aidil enggan memberitahu. Dek kerana kata-kata Naz, akhirnya Aidil bukak mulut.

Naz terus pergi ke KL untuk menemui Sarah. Di rumah sewa mereka, Naz terdengar akan rintihan Sarah sewaktu Sarah sedang makan nasi berlaukkan telur goreng. Naz sangat sedih mendengarkan rintihan Sarah. Sarah sangat terseksa dengan sikap Nazril.

Ketika Sarah sedang baring untuk tidur. Tiba-tiba Naz menyapa Sarah di celah tingkap. Sarah bingkas bangun lalu menghalau Naz. Hatinya dah mati buat Naz. Dia tak nak jumpa Nazril lagi. Tiba-tiba Qistina sampai bersama Izudin a.k.a si Kucai. Naz menghulurkan bubur durian dengan Qis untuk diberikan kepada Sarah. Qis masuk lalu berjumpa dengan Sarah. Tapi, Sarah menolak pemberian bubur durian dari Naz. Dia tetap tak nak jumpa Naz.

Episod 44 berakhir disitu. Apakah yang akan berlaku seterusnya, kenalah tunggu malam esok. Mesti Naz datang lagi kan ke rumah sewa dorang. 

Cuma tu la, sedutan episod 45 Fiza tengok sepertinya pemilik rumah sewa tempat Sarah tinggal tu datang bagitau yang rumah tu dah dibeli dan pembelinya akan pindah masuk. Rasa-rasanyalah... Sarah akan tinggal kat mana? Mesti rumah Aidil. Kan?

Apa-apa pun, kita tunggu malam esok yeah dan berikut adalah link telegram untuk menonton video episod 44 Rindu Awak Separuh Nyawa.

https://t.me/rinduawakkk